Welcome Blog


Jumaat, 3 April 2015

Kisah Tragis Di Bulan April =(

Assalamualaikum.
Tersentuh naluri keibuan bila membaca berita tentang kemalangan yang melibatkan empat sekeluarga dan meninggalkan seorang anak.Perpisahan yang dirasakan sementara oleh anak kecil itu rupanya buat selama-lamanya.Hilang kasih sayang seorang ayah,ibu,kakak dan abang serta seorang adik dalam kandungan ibunya.

Anak kecil itu ditinggalkan kepada saudara keluarganya sebagai persediaan ibunya yang mengandung 7 bulan untuk melahirkan anak keempat.Tangisan ditinggalkan dan lambaian sekeluarga itu adalah kali terakhir dilihat oleh anak kecil itu.Anak kecil itu kini yatim piatu.Semoga Allah melindungi wahai anak dan diberi ketabahan menjalani kehidupan.Al Fatihah buat arwah sekeluarga.

Satu lagi peristiwa tragis yang mungkin menjadi igauan ngeri buat semua.Kanak-kanak berumur 6 tahun terjatuh ketika bermain di tepi escalator.Apabila rakaman CCTV disebarkan,menampakkan ibunya seperti leka dengan telefon bimbitnya.Benar sudah ketentuan Allah,arwah kanak-kanak itu akan meninggalkan dunia pada hari itu juga cuma cara pemergiannya sangat memilukan.

Pengajaran yang amat berat untuk keluarganya dan kita semua supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat yang berisiko untuk anak-anak mengalami kemalangan.Telefon rosak boleh dibeli baru.Anak yang meninggal akibat kecuaian dan kealpaan kita tak mungkin berganti.Al Fatihah buatmu anak.Semoga ibu ayahmu redha dengan pemergianmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan