Welcome Blog


Sabtu, 12 September 2015

Pengalaman BSP@Blood Sugar Profile

Assalamualaikum.
Lama sudah tak berkongsi cerita di blog ini.Sibuk serba serbi walaupun sebenarnya masih sama rutin hidup.

Selepas balik dari Perlis,aku terlepas pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan.Hampir sebulan rasanya dan kemudian aku melakukan pemeriksaan di klinik swasta.Setelah itu,aku menghubungi jururawat di klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjutan.Disebabkan aku perlu menjalani ujian MGTT atau ujian minum air gula untuk kali kedua yang sepatutnya dilakukan pada minggu ke 28 kehamilan,jururawat memberikan tarikh untuk aku menjalani ujian MGTT tersebut pada usia kehamilan 33 minggu.

Seperti yang aku jangkakan akibat makan dengan gembira juadah hari raya dengan kuih raya lah,air manis lah memang tak sempat aku untuk menstabilkan kembali gula yang terdapat dalam darahku.Akhirnya bacaan gula sebelum dan selepas ujian tersebut menunjukkan aku ada diabetes.

Ini menyebabkan aku perlu menjalani BSP atau Blood Sugar Profile pula.Sampel darah juga diambil untuk ujian HbA1c.Itulah akibatnya tidak menjaga makan dan minum ketika mengandung.Satu lagi disebabkan mungkin disebabkan perubahan hormon.

BSP adalah singkatan dari BLOOD SUGAR PROFILE yang biasanya akan dilalui oleh GDM (ibu hamil disyaki mengidap Diabetes Melitus@Kencing Manis) biasanya setelah menjalani ujian MGTT dan perlu buat BSP bila bacaan ujian melebihi 7.8.

BSP (blood sugar profile) adalah ujian lanjutan selepas seseorang dikesan menghidap keadaan diabetes.Ujian BSP mempunyai empat bacaan bagi mengetahui paras gula seseorang selepas makan.

Paras gula sewaktu masih berpuasa (pagi sebelum sarapan), selepas sarapan pagi (diambil sebelum tengah hari), selepas makan tengah hari (diambil sekitar petang atau senja) serta selepas makan malam (diambil sekitar 10 malam).

Proses mengambil setitis darah dari hujung jari menggunakan glucometer untuk bacaan kandungan gula dalam darah dilakukan 4 kali dalam sehari bermula sebelum malamnya jam 10 mula berpuasa hingga untuk permulaan pengambilan darah jam 8 pagi ketika masih berpuasa.

Jikalau di klinik kerajaan biasanya jam 8 pagi dan diikuti 2 jam selepas makan pagi (dibenarkan untuk makan dalam 15 minit dan berpuasa semula 2 jam) dalam pukul 10 atau 11 pagi kemudian pukul 3 petang dan diakhiri 8 malam (masa untuk klinik swasta sedikit berlainan).

Alhamdulillah,setelah selang 2 minggu,hanya 2 kali sahaja BSP yang aku lakukan dan keputusannya memuaskan doktor untuk hentikan BSP.Aku tidak perlu melakukan BSP lagi cuma aku perlu mengawal dietku.Itulah dugaan seorang ibu hamil.Lain anak,lain dugaannya.Sekurang-kurangnya untuk kehamilan seterusnya,aku akan lebih menjaga kesihatan dan mengawal diet harianku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan