Welcome Blog


Rabu, 21 Januari 2015

3rd Happy Birhtday Annur Madiihah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah pukul 4.20 petang hari ini,genap 3 tahun anak pertamaku Annur Madiihah dilahirkan.Pada mulanya,nak rancang parti harijadi yang agak meriah tapi disebabkan ramai tak dapat menghadirkan diri,sambutan hanya aku,suami dan keluarga angkat Madiihah iaitu sahabat baikku Azian dan suaminya.

Yang penting bukanlah majlis yang hebat tapi ingatan kita itu lebih penting dari segalanya.Kek harijadi ditaja oleh Azian.Rainbow cake dengan cream cheese frosting.Hidangan hari ini pula KFC.Memang ringkas betul.Mungkin bila Madiihah sudah mula ke sekolah dan punyai ramai kawan barulah meriah agaknya majlis sambutan hari jadinya.

Semoga Allah memanjangkan usiamu,memberikan kesihatan yang baik,menjadi anak solehah dan contoh terbaik pada adik-adikmu.Ya Allah jadikanlah anakku ini penghubung kami ke syurgaMu.Ma dan abah sayang Annur Madiihah.<3

1 ulasan:

  1. comeinyaaaaaaaaa...nk cubit2 pipi...happy birthday cayang...moga jadi anak yang soleh

    BalasPadam