Welcome Blog


Khamis, 1 Januari 2015

Resepi Mesti Cuba : Ayam Masak Lada Hitam

Assalamualaikum.Hari ini bangun seperti biasa menguruskan dua puteri kesayangan.Madiihah yang sulung akan berumur 3 tahun pada 21 Januari manakala Naziihah adiknya sudah berumur 1 tahun 1 bulan.

Selepas bangun tidur,selalunya aku akan mandikan anak-anak tapi kalau tak mandikan pun,aku akan menukar lampin pakai buang mereka dahulu.Untuk Madiihah akan ku bancuh susu Dutch Lady 123 perisa coklat.Naziihah pula masih menyusu badan.Adalah sekali sekala aku membancuh susu untuk membiasakan Naziihah apabila aku mula bekerja nanti setelah setahun bercuti tanpa gaji menjaga anak.

Hari ini nak kongsi resepi untuk masak makanan tengahari.Selalunya aku akan gunakan perencah Lada Hitam jenama Maggi untuk masak hidangan berasaskan lada hitam tapi hari ini nak cuba masak tanpa perencah.Jom masak!

Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan
4 bahagian ayam
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 batang serai diketuk
1 biji cili hidup dihiris
1 biji tomato dibelah 8
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit tepung jagung
Air
Minyak

Bahan Untuk Perapan Ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara Penyediaan
1. Potong ayam kepada bahagian kecil.Perapkan dengan bahan perapan dan biarkan selama 20 minit.
2. Panaskan sedikit minyak,masukkan bawang besar,bawang putih,serai dan tis seketika.
3. Masukkan sos tiram,kicap manis dan campuran air tepung jagung.
4. Setelah mendidih masukkan pula perapan ayam tadi.Renehkan sehingga hampir masak.
5. Masukkan tomato dan cili hidup kemudian tambahkan kicap manis dan serbuk lada hitam.Seimbangkan rasa.
6. Siap untuk dihidang.

Tak perlu tambah garam atau gula kerana kicap manis telah cukup memberi rasa manis dan masin.

Alhamdulillah,menjadi juga hidangan ayam masak lada hitam hari ini.Selamat mencuba!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan