Assalamualaikum.
Malam tadi,aku mula bekerja setelah lebih setahun bercuti tanpa gaji.Syif 10 malam hingga 7 pagi.Bersiap-siap memakai uniform,Naziihah mula tak senang duduk.Sesi ucap selamat tinggal depan pintu grill,reaksi Naziihah sama seperti ketika abahnya nak pergi kerja.
Aku ingatkan semuanya berjalan lancar tapi baru sahaja menuruni anak tangga,Naziihah mula merengek.Baru menyedari aku tidak bersamanya malam ini.Ku kuatkan diri melangkah dan menunggu bas jabatan di hujung jalan masuk ke blok kuarters aku ini walaupun rasa ingin saja berpatah balik untuk menenangkan Naziihah.
Selang setengah jam,aku sentiasa mesej suamiku untuk mengetahui perkembangan Naziihah.Semuanya terkawal namun aku tahu mesti Naziihah merap dan menangis.Selepas dari bersalin,inilah kali pertama aku tidak bersamanya di waktu malam.Suamiku mengatakan semuanya baik kerana tak mahu aku bimbangkan Naziihah dan fokus pada kerja.
Selesai waktu kerjaku,sampai di rumah setelah membeli sarapan,ku ambil Naziihah dan terus menyusukannya.Kesian nampak dahaga dan laparnya Naziihah.Lebih kesian pada suamiku yang kebarangkalian tinggi terganggu tidurnya melayankan Naziihah sepanjang malam.
Bangun dari tidur,suamiku menceritakan yang Naziihah nenangis tercari-cariku di pintu selang beberapa jam aku di tempat kerja.Selepas Naziihah tidur,sekejap-sekejap Naziihah akan beberapa kali bangun.Paling akhir sekali,sebelum Subuh Naziihah menangis-nangis.Suamiku memujuknya dengan pasangkan kartun Upin Ipin hinggalah Naziihah tertidur semula.
Mujurlah Madiihah sudah memahami rutin kami suami isteri jika salah seorang dari kami pergi kerja.Ambil masa juga untuk kami mengajar Naziihah memahami yang aku perlu meninggalkannya untuk bekerja.Semoga dipermudahkan.Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan