Welcome Blog


Rabu, 25 September 2013

Preggy Fotografi

Assalamualaikum.
Semasa mengandungkan Madiihah,tak ada pun keinginan yang tinggi untuk mengambil gambar masa sarat mengandung.Kebetulan adik perempuanku ada datang ke rumah,pada petang yang sesuai cuacanya,aku membuat satu sesi fotografi bersama suami dan Madiihah di taman permainan berdekatan.

Hasilnya,walaupun hanya seorang amatur yang mengambil gambar kami,ia tetap nampak cantik di mata kami.Ia sebagai kenangan yang indah sebelum aku melahirkan anak kedua nanti.Tak tahu lagi dapat mengandung lagi memandangkan jarak anak pertama dengan anak yang kedua ini hanya setahun 10 bulan.
Antara gambar-gambar yang dapat dirakam di dalam kesibukan mengejar Madiihah yang seronok bermain.😂
Aishukri
Nasib baik suamiku sudi memenuhi kehendak aku yang ingin mengabadikan kenangan ketika aku mengandung ini.Terima kasih sayang.

Ini pula antara gambar aku dari sudut yang berbeza.Kelihatan perutku agak besar berbanding ketika mengandungkan Madiihah padahal baru 32 minggu.
Annur

Annur

Annur

Annur
Ia akan menjadi saat yang terindah dalam hidupku.Syukur kerana aku diberikan kesihatan yang baik  dan dipemudahkan segalanya ketika aku mengandung.Alhamdulillah.😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan