Welcome Blog


Ahad, 18 Januari 2015

Bila Sakit Datang Menguji

Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga baru sahaja sembuh melalui fasa sakit bersama 2 minggu lepas dimulai suamiku,Madiihah kemudian aku dan penutupnya Naziihah.Kami sekeluarga demam dan batuk berkahak.Cuma Naziihah sahaja tak batuk.Rekod bagi Madiihah sebab demam sampai kena ambil neb tapi Madiihah bukan kena lelah cuma disebabkan batuk berkahaknya menghalang Madiihah bernafas dengan normal.Madiihah sangat bekerjasama walaupun pertama kali kena neb.Tak menangis pun.

Biasalah bila anak-anak demam,bersengkang matalah aku membasahkan kepala mereka semasa tidur.Taknak susahkan suamiku sebab kena bekerja.Bila malam sahaja,suhu badan mereka panas semula.Memang tak lena tidur dibuatnya risau kalau suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan.Naziihah pula bila demam asyik nak melekat sajalah.Tak boleh nak berenggang sikit.Serba serbi tak kena.Macam tahu saja tak lama lagi aku nak mula bekerja dan anak-anak nak aku memberikan sepenuh perhatian pada mereka.Memang akan merindui telatah mereka berdua.T_T

Setelah aku bersalinkan Naziihah,setahun lebih aku menjaga mereka,melihat proses mereka membesar.Dari awal pagi hingga lewat malam.Tengah malam pun kadang-kadang bangun perhatikan mereka,tukar lampin mereka.Terasa sangat berbaloi walaupun aku bercuti tanpa gaji.Nikmat sungguh jadi surirumah sepenuh masa.InsyaAllah satu hari nanti,impian itu akan menjadi kenyataan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan