Welcome Blog


Sabtu, 3 Januari 2015

Wajib Tahu : Bahaya Minuman 3 Dalam 1

Assalamualaikum.Minuman 3 dalam 1 ini sudah menjadi kemestian untuk setiap orang.Aku juga tidak terkecuali.Masa anak dara dulu sewaktu bekerja,minuman ini wajb ada sebab mudah.Aku suka minuman 3 dalam 1 jenama Milo.Letak air panas dalam cawan,koyakkan paket minuman,kacau sebati sudah boleh dinikmati.Cuma mudahkan tak perlu buka bekas isi Milo dan masukkan susu atau gula sahaja.
Sebenarnya,minuman 3 dalam 1 ini tidak baik untuk kesihatan bagi jangkamasa panjang.Antara kesan negatif ialah :
* Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.
* Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
* Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
* Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
* Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang  sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.
* Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.
Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasti :
~ Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung /dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
~ Kerap merasakan kesakitan pada dada.
~ Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu solat pun boleh tercungap-cungap.
~ Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
~ Tapak tangan semakin basah.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :
# Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).
# Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.
# Elakkan memakan aiskrim kerana ia mengandungi krimer yang tinggi.
# Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.
Sejak berkahwin,aku memang sudah lama meninggalkan tabiat minum minuman 3 dalam 1 ini.Tak susah manapun setakat nak bancuh minuman walaupun bukan minuman 3 dalam 1.Alhamdulillah,misi untuk aku menghentikan suami aku dari minum minuman 3 dalam 1 pun mula menampakkan hasil.Nanti aku kongsikan caranya.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan