Welcome Blog


Sabtu, 30 Jun 2018

Tempat Selamat Untuk Bayi Yang Tidak Diingini

Assalamualaikum.
Semakin menjadi-jadi kes pembuangan bayi.Ada yang ditemui dalam keadaan yang baik dan dapat diselamatkan tapi ada juga bayi yang dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati dan sudah tidak bernyawa.Aku tahu emosi ibu yang mengandung dengan memikirkan masa depan yang tak menentu,teman lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan pandangan masyarakat menyebabkan mereka memilih untuk membuang atau membunuh bayi mereka tetapi alangkah lebih baik mereka memilih untuk meletakkan di tempat yang memang dikhaskan untuk diletakkan bayi-bayi yang tidak diingini mereka itu.Semoga penulisan oleh Syed Azmi dapat membantu ibu-ibu dan dapat menyelamatkan nyawa bayi-bayi.

"Untuk bakal- bakal yang terlanjur (mengandung luar nikah) atau mereka yang tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, salah satu tempat yang sesuai dan selamat untuk meletakkan bayi tanpa sebarang soal siasat adalah di tempat berikut :
Kalau dah bersalin, boleh letakkan terus sini.
Kalau mengandung dan tiada tempat selamat, sila hubungi hubungi tempat-tempat ini juga untuk membantu anda.

Ada 2 perkara yang saya tekankan.
Kalau bayi ditinggalkan dengan surat beranak, sekurang-kurangnya ada warganegara dan (jika ibu tersebut warganegara Malaysia) boleh bayi tersebut boleh menikmati semua hak anak Malaysia seperti perubatan, pendidikan, passport dan IC, kebajikan dan lebih cepat dibuat proses pengangkatan ke keluarga baru.

Kalau bayi ditinggalkan tanpa surat beranak, dia akan automatik menjadi bayi Muslim tapi tanpa warganegara dan tidak dapat bantuan zakat pun.

Jadi untuk proses bersalin yang selamat bagi ibu dan bayi dan masa depan bayi, pergi ke baby hatch untuk dapat khidmat nasihat yang terpelihara dan rahsia terjamin. Kalau asal Terengganu tapi pergi baby hatch Johor pun takpe. Boleh.

Cuma jangan buang bayi di tempat yang menyeksa bayi sebab cukuplah ia terseksa di tempat yang tak selamat dan kalau selamat pun jadi warga asing dan sengsara sepanjang hayat. Adakah berbaloi hidup begitu?

Jadi fikir baik-baik. Mintak nasihat.
Yang penting anda bukan keseorangan.

Dah banyak orang zina sebelum wujudnya tempat sebegini, dan program sebegini dibuat untuk selamatkan bayi yang tidak diingini daripada terdedah pada bahaya dan risiko kematian.

Apakah usaha yang digunakan untuk banteras zina sebelum wujudnya baby hatch. Sebab sementara kaedah mereka dikemaskini dan berjaya, bayi-bayi ini perlu diselamatkan.

Nama saya Syed Azmi. Saya mempunyai rumah transit wanita dan remaja hamil luar nikah belakang Tesco Ampang. Jadi saya amat memahami situasi anda. Sila datang atau WhatsApp jika sugul. 0162184769

* Pusat kami tidak membuat proses pengangkatan dan semua bayi yang dilahirkan akam dijaga oleh ibu kandung sendiri.

Terima kasih
Syed Azmi Alhabshi
Patron Rumah Kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan