Welcome Blog


Sabtu, 30 Jun 2018

Tips Untuk Nikmati Makanan Berpantang

Assalamualaikum.
Resepi yang aku kongsikan untuk dimasak ketika berpantang di dalam blog ini boleh dimasak mengikut kesesuaian diri masing-masing.Ada yang berpantang mengikut pantang orang lama yang ketat.Untuk aku,aku sesuaikan dengan keadaan.Ada yang boleh aku ikut,aku ikut.Yang tidak boleh atau sesuai aku ikut,aku tak ikut.

Contohnya sukatan minum air.Boleh minum banyak sebenarnya di dalam sehari tetapi sedikit-sedikit sekali minum.Kalau kurang minum air,kesan pada kita kemungkinan sembelit dan susu untuk bayi kita kurang.Proses pemulihan akan mengambil masa.

Untuk makanan pula,kita perlu makan sedikit tetapi kerap terutama ibu menyusu untuk memberi tenaga.Ibu ketika berpantang perlu makan makanan berkhasiat untuk memulihkan kecederaan dalaman selepas bersalin.

Penggunaan minyak pun cukup sekadar untuk menumis.Memang tidak digalakkan tetapi untuk aku,sudah cukup untuk menaikkan selera untuk menikmati makanan ketika berpantang.Sebaiknya elakkan.

Makan ayam atau daging pun ikut kesesuaian badan.Ada yang tidak boleh makan disebabkan gatal.Kalau boleh berpantang dengan ikan selama 44 hari itu,teruskan.Paling lama aku makan ikan adalah dua minggu dan selepas itu selang seli dengan ayam atau daging.Pilihlah bahagian yang mudah hadam.Bahagian dada untuk ayam dan bahagian batang pinang untuk daging.

Pilih sayur dan buah yang sesuai untuk mendapatkan khasiat yang seimbang setiap kali anda makan makanan berpantang.Elakkan sayur dan buah yang boleh memberikan kesan angin setelah dimakan.

Berpantang adalah proses memulihkan badan tetapi perlu seimbang dengan pemulihan emosi.Jangan hanya kerana untuk sihatkan badan tetapi kita memberi tekanan pada emosi.Selamat berpantang!!!😉


Tiada ulasan:

Catat Ulasan