Welcome Blog


Rabu, 25 September 2013

Ujian Minum Air Gula..=)

Assalamualaikum.
Semasa mengandungkan Madiihah,tekanan darah aku selalu tinggi walaupun cukup rehat sebelum pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan ibu dan anak.Mengandung kali ini pula yang merungsingkan adalah bacaan gula dalam darah.Disebabkan keputusan ujian bacaan gula dalam darahku yang pertama di paras berjaga-jaga,aku dikehendaki mengulangi ujian tersebut pada minggu ke 32 kehamilanku.

3 minggu sebelum itu,berat badanku terlebih naik 2kg dari yang sepatutnya menyebabkan aku perlu mengambil tekanan darahku selang 2 kali sehari.Aku mula berpantang mengurangkan minum dan makan manis sepanjang 3 minggu itu.

Hasilnya,berat badanku turun sebanyak 2kg walaupun aku makan nasi seperti biasa.Kedudukan uriku yang berada di bawah sebelum ini pun telah berada di kedudukan yang sepatutnya.Alhamdulilah.

Apakah itu Ujian MGTT?

Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), ibu-ibu akan diminta berpuasa bermula jam 10 malam pada hari sebelum temujanji di klinik. 

Pagi keesokan harinya,kebiasaannya sebelum pukul 8 pagi di klinik, darah kira-kira 2-3 ml akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.(Disebabkan lapar seperti biasa aku mampu habiskan dengan cepat air gula ini tanpa memuntahkannya semula). 

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.(Serius memang lapar sebab tak makan apa-apa sehinggalah darah diambil).

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :

  • FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
  • 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal :  < 7.8 mmol/L

Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.(Bacaan aku sebelum 3.2 mmol/L dan selepas 7.6 mmo/L sebab itulah kena ulang lagi ujian ini pada minggu ke 32 kehamilan).


Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.(Yang ini aku terlepas walaupun tak tahu berapa bacaan ujian kali kedua.Kalau tidak menerima panggilan dari klinik tempat anda membuat ujian minum air gula ini selepas 2 minggu,itu bermakna bacaan anda berada dalam julat yang normal).



Mengapakah saya perlu menjalani ujian toleransi glukosa?

Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan anda menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga. 

Badan anda perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa anda sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan anda tidak dapat menyaingi perkembangan ini, anda mungkin akan menghidap diabetes gestasi. 

Bayi anda memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar". 


Akibatnya, mungkin sukar bagi anda melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean

Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini. 

Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil, tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.


Sumber dari http://www.babycenter.com

6 ulasan:

  1. Salam, sy tgh tggu keputusan ujian darah lps 2 jam ni..boring mnunggu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..Itulah prosedur yang membosankan untuk menunggu..Sabar ye demi kesihatan kita dan baby..=)

      Padam
  2. Saya pun baru lepas minum air gula. Berdebar2 tunggu keputusan ni

    BalasPadam
  3. Salam.Maaf lambat balas.Apa keputusan minum air gula?Memang risau bila minum air gula.Risau kena kencing manis semasa hamil.Harap semuanya baik-baik sahaja.=)

    BalasPadam
  4. wah best nye boleh ambek lagi skali mnum air gula. Ana trus kene buat BSP padahal sbb bcaan fasting tu je 5.7.. Stress sgtt sbab kena ulang alik klinik :"(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      Tinggi juga bacaan fasting sebelum ujian air gula Hana.Lepas minum lagilah tinggi kan.Itulah yang Aishah risau kalau result tinggi.Kena pula BSP.Buat masa ni tak kena lagi.Baru je bulan lepas ambil lagi ujian ni untuk baby ketiga.Sabar ye Hana.Jangan stress.Pengorbanan kita sebagai seorang ibu.Hope lepas bersalin kembali normal.InsyaAllah.

      Padam