Welcome Blog


Selasa, 22 Julai 2014

Shaklee Produk Israel???

Kecoh balik cerita basi yang diperhangatkan kembali..Shaklee sokong Israel..Kenapa?Shaklee syarikat US..US sokong Israel..Begitu mudah menghukum dan mengatakan Shaklee menyokong Israel..Kenapa dalam banyak-banyak suplemen,Shaklee yang akan menjadi sasaran setiap kali Israel menyerang Palestin?"Ala,engkau bisnes Shaklee,memang engkau sokonglah produk Shaklee ini..Roger Barnett itu Yahudi..Mesti dia pun sokong Israel..Habis itu kenapalah ada bangsa lain buat demonstrasi di luar negara?Rasanya bukan semua itu orang Islam..Jangan dilihat Yahudi saja yang jahat,negara Arab yang tak mahu tolong Palestin itu lebih jahat dan tak berhati perut sebenarnya..Saudara Islam tapi buat tak tahu sebab kepentingan masing-masing..Sebab itulah Nabi diutuskan pada bangsa Arab dan bukan bangsa lain..=(
Logo syarikat Shaklee
Logo pengedar Shaklee
Sumbangan peribadi dan sumbangan syarikat dua perkara berbeza..Jangan sempitkan akal dan minda..Contoh paling jelas McDonald yang terang-terang menyalurkan dana kepada Israel dan diiktiraf sebagai Friends Of Israel..McDonald bukan hanya kerana mereka menyokong Israel tetapi kerana ia adalah makanan yang tidak sihat dan punca kebanyakan penyakit kronik maka boikotlah dengan kekal.Aku cuba mesej melalui Facebook Shaklee Corporation untuk penjelasan tentang perkara ini..Dengan Bahasa Inggeris aku yang agak kurang dari segi tatabahasanya,Shaklee Corporation membalas email aku..Terharu juga sebab pengedar Shaklee biasa saja tapi tetap dilayan mesej aku..=)
Ramai pengedar ingin kepastian tentang perkara ini,Shaklee Malaysia pun sudah membuat pengumuman rasmi di laman web www.shaklee2u.com.my
Yang kecoh sangat pasal Shaklee sokong Israel sebab laman web Keseneth Israel letak logo syarikat Shaklee..Klik logo itu akan ke laman web yang merupakan seorang pengedar Shaklee di mana dengan setiap pembelian pada harga jualan,untung itu akan didermakan semuanya kepada pertubuhan Keseneth Israel.
 Ini laman web pengedar Shaklee dari link di laman web Keneseth.
Kalau anda buat carian di internet laman web Keneseth ini,yang terbaru memang sudah tiada logo Shaklee..Alhamdulillah,akhirnya sudah jelas yang Shaklee tidak menyokong Israel.
Sudah terang lagi bersuluh semuanya jadi terpulang kepada anda untuk menilai..Bermula hari ini,setiap pembelian dari link eSell blog ini Suplemen Shaklee,untung jualan akan aku dermakan kepada Palestin..Jom sambil membeli sambil beramal..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan