Welcome Blog


Jumaat, 26 Mei 2017

Solat Tarawih Di Rumah

Assalamualaikum.
Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan juga bagi ibu-ibu yang siangnya bekerja,malamnya jadi supermom,jom baca cara-cara nak melakukan solat tarawih di rumah.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak.Mudahnya nak beribadah.Allah Maha Penyayang.Jangan bersedih kalau tidak dapat mengikuti buat tarawih di masjid.

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawa si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Faktor keselamatan anak-anak yang dibawa bersama ke masjid.Dalam mengerjakan ibadat mungkin kita akan mengabaikan keselamatan anak-anak.Jadi sebelum terjadi yang tidak baik,lebih baik kita mengambil langkah pencegahan.Anak-anak adalah tanggungjawab kita dan bukan orang lain.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu.Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih di rumah, boleh ikut cara di bawah:

SOLAT SUNAT TARAWIH
Niat solat sunat Tarawih 

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah Al-Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Sangatlah mudah.Tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid.Selepas anak-anak sudah tidur dan selepas berehat,bolehlah kita mulakan.Ambil masa sendiri dan tiada apa yang perlu difikirkan atau dirisaukan sepanjang tarawih.Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik.Kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih,tahun ini kita usaha buat.Semoga beroleh manfaat dan keberkatan Ramadhan.😃

Kredit https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tarawih-lapan-rakaat/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan