Welcome Blog


Khamis, 5 Julai 2012

Sambung Belajar..Apa Pilihan Anda???

Lepas belajar SPM,perkara utama yang kita fikirkan adalah untuk menyambung pengajian ataupun bekerja..Yang ingin menyambung pengajian akan memlilih sama ada untuk mengambil STPM, politeknik, IKM, IPTA atau IPTS..Aku selepas SPM memilih untuk meneruskan pengajian aku di Kolej Shahputra yang merupakan salah satu IPTS di negeri Pahang Darul Makmur..

Untuk pengajian pra diploma,cawangan kolej ini di Pekan..Untuk pengajian diploma,cawangan kolej ini di Kuantan..Seronok tempat belajar aku itu sebab berada di kawasan kampung walaupun Pekan adalah tempat kilang pengeluaran kereta EON..Masih banyak hutan berbanding bangunan..Suasana yang sesuai untuk belajar..

Kolej Shahputra cawangan di Pekan..=)

Aku mengambil Pra Diploma Sains Komputer dahulu kerana itu yang ditawarkan kepada aku..Memang taknak dah sambung belajar ambil STPM..Lagipun,kalau aku nak ambil STPM aliran Sains,kena belajar di sekolah lain..Rasanya,dah lama sangat pakai baju sekolah..

Sebab itu aku mengambil keputusan untuk sambung belajar di Kolej Shahputra walaupun kolej ini kolej swasta tetapi sistem yang diamalkan adalah belajar dahulu bayar kemudian meyakinkan abah aku untuk bersetuju dan menghantar aku belajar di sana..Perlis ke Pahang bukanlah satu tempat yang dekat..Memang makan masa setengah harilah dalam perjalanan tapi kerana semangat untuk meneruskan pengajianku,aku teruskan juga..Berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan..=(

Setelah tamat Pra Diploma Sains Komputer Universiti Putra Malaysia atau UPM selama 6 bulan,keputusan aku yang agak baik memberikan aku peluang untuk menyambung pengajian Diploma Sains Komputer UPM di Kolej Shahputra cawangan Kuantan selama 3 tahun..

Biasalah bila dah belajar di kolej swasta ini,nak taknak kenalah buat pinjaman dan aku bernasib baik yuran pengajian dan elaun sara hidupku selama 3 tahun dibiayai oleh Majlis Amanah Rakyat atau MARA..Apa yang dipinjam itulah yang perlu dibayar..

Keluargaku bukanlah orang senang yang mampu untuk membayar yuran pengajianku sekaligus..Aku juga bukan antara yang bernasib baik dan yang terpilih untuk memasuki universiti awam..Apapun,aku tetap belajar walaupun hanya kursus luar UPM..Terima kasih MARA atas pinjaman itu..

Bangga melihat kolej biasa ini telah berjaya menjadi kolej universiti..=)

Kerana masalah komputer dan aku sendiri terlupa untuk membuat salinan projek tahun akhir aku,aku tidak dapat membuat pembentangan di hadapan pensyarah aku yang bertanggungjawab memberi markah untuk projek tahun akhir..

Aku diberi dua minggu untuk membuat semula projek sistem aku dan membentangkannya tetapi apabila aku fikirkan pointer terakhir semester akhir aku ini akan menjejaskan pointer keseluruhan iaitu akan jatuh kepada bawah 3 pointer dan aku tidak boleh mendapat pengurangan untuk bayaran balik pinjaman MARA maka aku mengambil keputusan untuk mengulang lagi satu semester..

Bukan sesuatu yang memalukan kerana aku bukan mengulang sebab aku gagal dalam ujian tetapi kerana masalah teknikal..Mengulang semester untuk sistem tahun akhir aku dan aku perlu menambah satu lagi sabjek elektif ke dalam semester ini..Aku mengambil sabjek Prinsip Pemasaran..


Bangunan ini siap selepas aku tamat pengajian..Kolej Shahputra Kuantan..=)
Alhamdulillah,aku berjaya mendapat A untuk projek sistem tahun akhir aku dan mendapat A- untuk sabjek Prinsip Pemasaran..Sebenarnya walaupun aku mengambil pengkhususan dalam Sains Komputer sabjek elektif yang kebanyakkan pengkhususan dalam bidang perniagaan yang membantu menaikkan pointer aku setiap semester..

Aku berjaya mendapat pointer 3++..Ini membolehkan aku layak untuk memohon mendapatkan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA..Tak sia-sia rasanya walaupun aku mengulang semester..Aku berjaya mendapat pengurangan dari RM32000 kepada RM3200 sahaja..

Walaupun aku belajar di Kolej Shahputra tetapi konvokesyen majlis tamat belajar dilakukan di UPM..Merasalah juga pakai jubah dan topi konvo itu sama seperti mereka yang belajar di UPM sendiri..Transkripsi diploma juga dikeluarkan oleh UPM..

Moral yang aku nak sampaikan ialah walaupun di mana kita belajar,jangan rasa rendah diri..Setiap peluang untuk belajar itu manfaatkan dengan sebaiknya..Yang penting,kita sudah berjaya mencapai sesuatu dalam hidup kita..=)

Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang sudi mengajarkan aku ilmu pengetahuan semasa aku belajar di Kolej Shahputra atau sekarang dikenal sebagai Universtity College Shahputra UCSA..Kepada kawan-kawan yang bagaikan keluarga kedua ketika tinggal di sana, kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati..=)

University College ShahPutra UCSA telah bertukar nama kepada Widad University College.Klik link laman web ini untuk sebarang pertanyaan http://www.widad.edu.my


12 ulasan:

  1. boleh tau x..akk punye result SPM dpt bp yea dlu..sy pon xdpr upu..=(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..Result kak ok cuma Matematik tu x crdt..Sbb tu kak kena buat pra diploma dulu baru sambung buat diploma pula..Insya Allah ada rezeki adik tu..

      Padam
  2. salam kak, sy nak amek course nursing di UCSA tapi sy nak tahu yuran pengajian dan byran2 lain.. sy cari kt laman web UCSA tak jmp.. mcm mna ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..Cuba adik email atau telefon no yg UCSA berikan untuk sebarang pertanyaan..

      Padam
  3. Salam..Cuba klik link ini..Hrp dpt membantu..
    www.universitycollegeshahputra.edu.my/contact/

    BalasPadam
  4. untung la mcm tu..batch yang lama tak dapat pengiktirafan LAN..mungkin takde rezeki dan teknologi it pn kurang nk dapatkan maklumat masa tu..tp bersyukur dengan rezeki yang allah SWT bagi hari ni..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum. kalau saya nak amik kos perubatan, bolehkah belajar dahulu baru bayar yuran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      www.universitycollegeshahputra.edu.my/contact
      Cuba adik klik link itu untuk sebarang pertanyaan.Konsep belajar dulu bayar kemudian ini sebenarnya sebelum kita menerima pinjaman pendidikan seperti dari MARA atau PTPTN.Bila sudah mendapat pinjaman,yuran perlu dibayar.

      Padam
  6. Kalau sy nak ambik pra dip perdangangan, kat upm ada tak? Macam mana ye nak mohon?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      Adik cuba klik link di bawah ini untuk sebarang pertanyaan ye.

      www.universitycollegeshahputra.edu.my/contact

      Padam
  7. Bila pengambilan lagi untuk program diploma under utm yaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.
      Adik cuba klik link di bawah ini untuk sebarang pertanyaan ye.

      www.universitycollegeshahputra.edu.my/contact

      Padam