Welcome Blog


Selasa, 28 Oktober 2014

Anda Terlanjur?Masih Ada Sinar Untuk Anda Dan Bakal Anak Anda!

Buat adik-adikku di luar sana.Masih ada insan yang sudi membantu kalian dengan syarat adik-adikku benar-benar insaf,bertaubat nasuha iaitu sebaik-baik taubat dan kembali ke pangkal jalan.

Insan- insan mulia seperti ini bukan berniat menggalakkan adik-adik melakukan perbuatan seks tanpa nikah tetapi ingin memberi adik-adik peluang kedua untuk meneruskan hidup dan memberi bakal anak adik-adik peluang untuk melihat dunia.

Kakak ini tak sanggup melihat ramai bayi dibuang di tempat yang tidak sepatutnya,ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan kebanyakannya sudah tidak bernyawa.

Fynn Jamal juga telah bekerjasama dengan sebuah pusat perlindungan di sekitar negeri Selangor untuk adik-adik yang memerlukan tempat tinggal sementara kandungan hendak dilahirkan.


Adik-adik telah melakukan dosa berzina tetapi itu tidak bermakna adik-adik terus melakukan dosa dengan menidakkan peluang untuk bakal anak yang suci itu terus hidup.Anak itu tidak berdosa dan layak diberikan kepada mereka yang sanggup menjaga anak adik-adik.9 bulan 10 hari adik-adik mengandungkan anak itu.Tiadakah sekelumit rasa kasih dan sayang sehingga tegarnya adik-adik menjadi pembunuh?

Kami semua faham adik-adik keliru,malu,tak mampu berfikir dengan tenang ketika mengetahui adik-adik mengandung tanpa nikah.Pasangan adik-adik pula ada yang setia,ada yang melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab tetapi yang pasti mereka tidak mahu anak adik-adik itu hidup.Kalau tidak,takkanlah banyak kes buang bayi di tempat-tempat yang tidak selayaknya seorang bayi baru lahir patut berada.

Adik-adik telah diberikan pilihan sama ada untuk dibantu atau tidak.Masih ada yang ingin membantu adik-adik.Hubungi mereka ini dan ubahlah hidup adik-adik.

Ramai sebenarnya yang mengambil berat tentang adik-adik cuma adik-adik kena beranikan dan buangkan rasa malu demi menyelamatkan masa depan adik-adik dan bakal anak adik-adik.

Hubungi kakak Qisya Alfina Anwar ini di nombor berikut 012-4373100 untuk dibantu.

Hubungi Fynn Jamal dan team Adoptive Parents United di nombor 016-6449247 untuk sebarang pertanyaan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan