Welcome Blog


Ahad, 22 Jun 2014

Anak OKU Dijumpai Dalam Keadaan Amat Menyedihkan!!!

Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ini wajah kanak-kanak OKU sebelum terabai.Kenapalah ibumu sanggup mengabaikanmu sebegitu rupa sedangkan sebelum ini kau dijaga dengan baik?Allah telah mendengar doamu wahai anak.InsyaAllah,dirimu akan dijaga dengan lebih baik selepas ini.
Peringatan buat ibu bapa di luar sana,jangan lakukan penganiayaan sebegini kepada anak-anak anda tak kiralah sama ada anak-anak anda sempurna ataupun OKU..Anak-anak adalah amanah dari Allah..Jagalah dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan