Welcome Blog


Isnin, 23 Jun 2014

Resepi Berbuka Puasa : Ayam Masak Sambal

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut citarasa masing-masing
4 biji bawang besar dikisar
8 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
4-5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar dimayang
2 batang serai diketuk
3 sudu besar sos tomato dan 3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit untuk menggoreng ayam

Cara Penyediaan
1.Ayam yang dipotong kecil digaul dengan serbuk kunyit serta garam dan digoreng hingga separa masak.
2.Angkat dan ketepikan.
3.Panaskan minyak berlainan dalam kuali.
4.Masukkan bahan yang dikisar serta serai dan tumiskan sehingga wangi.
5.Kemudian,masukkan pula cili kisar dan tumiskan lagi sehingga cili betul2 masak dan naik minyak.
6.Seterusnya,masukkan pula sedikit air, sos tomato, sos cili, garam serta gula.
7.Akhir sekali, masukkan bawang besar hiris dan ayam yang telah digoreng.
8.Sedia untuk dihidang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan