Welcome Blog


Selasa, 24 Jun 2014

Resepi Berbuka Puasa : Daging Masak Asam Rebus

Bahan-bahan
500gm daging
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 cm halia
½ biji buah keras
2-3 batang daun kesum
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar asam jawa (Campurkan sedikit dengan air masak dan tapiskan.Ambil airnya sahaja)
4 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Daging direbus hingga empuk dan dipotong kiub.Simpan air rebusan.
2.Tumbuk dengan lesung batu kunyit, halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
3.Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.
4.Kemudian masukkan daging, air rebusan daging, cili boh, air asam jawa dan daun kesum.
5.Masak sehingga mendidih.
6.Kemudian,masukkan secubit gula dan perasakan dengan garam secukupnya.
7.Gula bagi secubit saja, jangan banyak.
8.Apabila masakan sudah mendidih dalam 10 minit,boleh padamkan api.
9.Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan