Semasa proses nak melahirkan anak kedua,disebabkan mesin CTG jantung bayi itu macam tak berfungsi dengan baik,doktor gantikan dengan satu alat yang dimasukkan ke laluan serviks..Alat ini akan melekat di dahi bayi dan memberikan bacaan lebih tepat..Akibatnya,ada sedikit tanda bergaris di dahi anak keduaku..Ala-ala watak kartun Sailormoon pula..=)
Sambung balik saat-saat mendebarkan dan menyakitkan..Disebabkan tidak tahan kesakitan,aku beritahu pada nurse..Nurse memanggil doktor untuk cek bukaan serviks..Kena seluk lagi..Baru 5 cm dengan kesakitan yang memang tak dapat aku tahan untuk lebih lama..Serius rasanya sakit pada masa ini macam sudah bukaan 10 cm masa bersalinkan Madiihah dulu.
Tak cukup dengan induce sebelum ini,ditambah dengan ubat pitocin untuk mempercepatkan lagi bukaan..Aku katakan pada nurse yang aku betul-betul sakit..Nurse memberitahu jika aku boleh meneran,sudah boleh memulakan proses terakhir untuk melahirkan anak aku.
Dengan kudrat yang ada,aku meneran menggunakan teknik yang ingat-ingat lupa padahal tak sampai setahun lahirkan anak pertama..Ada lebih 8 orang nurse serta doktor pelatih di dalam bilik bersalin memberikan sokongan moral..Suamiku juga tak henti-henti memberikan semangat..Akhirnya,setelah hampir 10 minit meneran,terdengarlah suara tangisan anak keduaku..Nikmatnya bersalin normal kesakitan hilang serentak dengan lahirnya anak itu..Alhamdulillah,another cute baby girl..Bolehlah geng dengan kakaknya..=)
Sekarang,Annur Naziihah sudah berumur 7 bulan..Sudah mula berlatih berdiri..Aku dan suami masih lagi merancang secara semulajadi..Risau juga kalau mengandung lagi dalam tempoh terdekat sebab jarak anak pertamaku dengan yang kedua hanya selang setahun..Really need a break..Terasa sangat tak cukup rehat..Hehehe
Kepada semua nurse dan doktor yang bertanggungjawab semasa aku di Hospital Putrajaya,terima kasih di atas khidmat anda semua..Kepada mommies yang sedang menunggu saat-saat melahirkan,semoga dipermudahkan segalanya..Aamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan