Welcome Blog


Isnin, 23 Jun 2014

Resepi Berbuka Puasa : Sup Ekor

Bahan-bahan
300gm bahagian ekor lembu
2 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
Rempah ratus bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis secukupnya
Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit serbuk jintan manis dan jintan putih
Bahan perasa
Sedikit lada putih
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Bahan Dikisar
100gm bawang besar
20gm bawang putih
1 inci halia
1 batang serai dititik

Cara Penyediaan
1.Rebus ekor lembu yang telah dipotong hingga lembut.
2.Tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah ratus tadi hingga naik bau.
3.Masukkan serbuk ketumbar,jintan manis serta jintan putih.
4.Kemudian masukkan ekor lembu bersama air rebusannya dan biarkan hingga mendidih.
5.Setelah itu,masukkan serbuk lada putih dan bahan perasa.
6.Akhir sekali,masukkan ubi kentang serta lobak dan boleh dihias dengan daun sup dan daun bawang.
7.Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan