Welcome Blog


Isnin, 23 Jun 2014

Resepi Berbuka Puasa : Daging Masak Sos Tiram

Bahan-bahan
300gm daging
3 biji bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dimayang
1/2 inci halia dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah dan cili hijau dimayang
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah
1 tangkai daun bawang
Air secukupnya
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Panaskan minyak dan goreng daging menggunakan api besar selama 3 ke 5 minit.Angkat daging dan toskan.
2.Kemudian,tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit garing.
3.Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau, daging, sos tiram, serbuk lada putih serta kicap dan gaulkan rata.
4.Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5.Setelah itu,masukkan bancuhan tepung jagung kacau seketika dan bolehlah diangkat.
6.Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan