Welcome Blog


Selasa, 24 Jun 2014

Resepi Ringkas Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum.
Madiihah ini ikut mood selera makannya.Ada masa nasi dengan telur goreng pun cukup.Nasi dengan kuah sup pun habis juga dimakan.Roti kadang-kadang sahaja makan tapi memang tak pernah habis.

Kadang-kadang langsung tak nak makan.Minum susu sahaja seharian.Kalau boleh nak elakkan Madiihah makan makanan segera seperti kentang goreng,sosej atau nugget.Memang mudah disediakan tapi ia sangat tidak menyihatkan.

Jadi aku selalunya tukar-tukar menunya kalau nampak dalam sehari kurang makan nasi,esoknya masak spaghetti.Lebih baik dari bagi makan mee segera kan?Hari ini baru cuba bagi jejari roti.Habis juga 2 keping roti sekali makan cuma aku salah guna bahagian roti.Selalunya orang guna bahagian tepi roti tapi aku buang bahagian tepi..Lain kali baru cuba guna bahagian tepi roti.Aku kongsikan beberapa menu untuk kanak-kanak yang boleh dicuba.

Sup Ayam

Bahan-bahan
300gm isi ayam
1 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar stok ayam
Sedikit minyak
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sekejap.
2.Gorengkan isi ayam dan masukkan air.
3.Setelah mendidih masukkan ubi kentang dan lobak merah.
4.Masukkan stok ayam,sedikit garam dan masak sehingga masak.
5.Siap untuk dihidang.

Spaghetti Telur

Bahan-bahan
Segenggam spaghetti
2 biji telur
1 sudu besar stok ayam
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Rebuskan spaghetti sehingga lembut.Tos dan ketepikan.
2.Didihkan air dan masukkan telur.
3.Masukkan stok ayam,sedikit garam dan biarkan mendidih.
4.Tuangkan ke atas spaghetti.
5.Siap untuk dihidang.

Jejari Roti

Bahan-bahan
4 keping roti bahagian tepi
1 biji telur
Sedikit minyak
Sedikit garam
1 sudu besar stok ayam

Cara Penyediaan
1.Telur dikacau dan dimasukkan stok ayam serta sedikit  garam.
2.Letakkan sedikit minyak atau mentega di atas kuali atau pembakar.
3.Celupkan roti dan terus letakkan atas kuali atau pembakar.
4.Pastikan setiap bahagian masak.
5.Siap untuk dihidang.

Nasi Goreng

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji telur
Segenggam ikan bilis
Pati ikan bilis
Sedikit sayur campuran
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis.Ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3.Masukkan telur,sayur campuran dan goreng seketika.
4.Kemudian masukkan ikan bilis dan nasi.
5.Perasakan dengan sedikit pati ikan bilis dan garam.
6.Siap untuk dihidang.

Kuey Teow Sup

Bahan-bahan
1 cawan kuey teow
1 ulas bawang putih
Sedikit isi ayam
1 biji telur
Sedikit minyak
3 cawan air
2 sudu besar stok ayam


Cara Penyediaan
1.Tumiskan bawang putih dan gorengkan isi ayam hingga separuh masak.
2.Masukkan air dan biar hingga mendidih.
3.Masukkan telur dan stok ayam.
4.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi kuey teow.
5.Siap untuk dihidang.


Penggunaan garam itu hanya sedikit.Aku suka letakkan stok ayam sebagai penambah perisa.Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan