Welcome Blog


Sabtu, 28 Jun 2014

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa..=)

Ramadhan datang lagi..3 tahun lepas,pertama kali berpuasa dengan keadaan diri mengandung..2 tahun lepas,berpuasa dengan menyusukan Madiihah..Tahun lepas,nasib baik sudah putus susu dengan Madiihah tapi puasa ketika mengandung lagi.
Alhamdulillah,diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh ketika mengandung..Tahun ini,cabaran kali kedua menyusu dan berpuasa pada masa yang sama..Syukur juga kerana Naziihah sudah boleh makan makanan selain dari menyusu..Semoga terus diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa kali ini..Aamiin

InsyaAllah tahun ini boleh berpuasa dan menyusukan sebab aku berikhtiar dengan mengamalkan ESP dan Performance Drink Shaklee..Dua suplemen ini terdapat dalam Set Mighty 3 Gems..Anda boleh juga mencampurkan Meal Shakes untuk minuman sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan.
Bancuh dan minum pada akhir masa sebelum waktu imsak..Hari ini kali pertama mencampurkan dua suplemen ini dalam satu gelas..Bagi aku yang kurang menggemari rasa soya,perlu menambahkan kordial oren..Terpulang jika anda ingin membancuh keduanya secara berasingan.
Kepada semua yang mengenali diriku,sempena bulan Ramadhan yang telah bermula hari ini memohon kemaafan di atas segala salah dan silap..Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna dari Ramadhan sebelum ini..Selamat berpuasa..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan