19 November 2013
Masih tidak terasa kesakitan untuk bersalin..Hanya terasa Braxton Hicks sahaja..Aku dan suami pergi ke Hospital Putrajaya kerana sebelum ini memang aku telah memohon untuk bersalin di sini..Memang nasib baik saja kalau siapa nak bersalin di sini kerana wad memang sentiasa penuh..Disebabkan aku ada surat dari klinik kesihatan dan kes overdue,doktor memberikan kebenaran untuk dimasukkan ke wad.
Semasa pergi waktu pagi itu semua wad penuh jadi kami kena balik rumah dulu tunggu panggilan dari hospital baru datang semula..Lepaklah di rumah abang aku yang ketiga..Dalam pukul 7 lebih dapat panggilan bahawa sudah ada katil kosong untuk aku dan diminta datang ke hospital malam itu juga..Singgah makan dulu sebelum kena berpantang 44 hari nanti.
Selesai urusan pendaftaran,dimasukkan ke wad barulah debaran untuk bersalin bermula..Doktor memberi penjelasan tentang proses induce yang akan dimulakan pada pagi esok..Malam itu memang tak dapat tidur..Sedihnya terpaksa berpisah dengan suami dan anak sulungku..=(
Lepas CTG jantung bayi,pemeriksaan tekanan darah..Pindah tempat tidur pula memang lambatlah dapat lelap mata..Pukul 3 pagi kot baru aku dapat lelap tapi 4 lebih sudah kena bangun sebab nak CTG jantung bayi..Lepas Subuh barulah pergi ke bilik induce.
20 November 2013
Kena seluk memang pengalaman paling sakit..Seingat aku masa anak pertama aku kena seluk siap aku gelak lagi sebab geli..Kali ini mungkin sebab nak masukkan ubat induce,itu yang sakit..Sebelum induce nurse sudah beritahu selepas kena induce kena baring terlentang sahaja atas katil..Jangan bergerak-gerak sebab takut ubat induce itu jatuh..Lepas sejam buat CTG jantung bayi lagi.
Semasa buat CTG bayi itu memang sudah ada rasa macam kontraksi selang beberapa minit..Info nurse dia tanya tahap kesakitan..Aku rasa macam tak berapa sakit tapi dari skala 10 aku bagi skala 5..Nurse beritahu nanti jumpa doktor untuk periksa berapa sudah laluan serviks terbuka..Sepatutnya 1.30 petang untuk induce kali kedua kalau masih lagi bukaan serviks tak sampai 4 cm.
Kebetulan tiba masa melawat..Rindu nak jumpa anak tapi polisi hospital sudah tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke wad..Mujurlah masih ada kompromi dari nurse yang bertugas membenarkan aku berjumpa anak sekejap di depan pintu wad..Terubat rindu melihat telatah anakku..=)
Suamiku dan kawan baikku Azian bergilir-gilir menemaniku sepanjang waktu melawat..Sesekali kontraksi datang terasa sakitnya..Kehadiran mereka benar-benar memberikan aku kekuatan.
Tunggu doktor hingga pukul 2 petang dan periksa bukaan serviks rupanya sudah 4 cm..Doktor beritahu yang dia akan pecahkan ketuban aku dan masukkan ubat untuk buang air besar..Lepas pecahkan air ketuban doktor seluk lagi nak bantu luaskan bukaan katanya..Doktor kata bayi aku sudah berak sikit..Risau juga..Part paling tak tahan memang terasa-rasa nak membuang selepas dia masukkan ubat buang air besar itu..Dasyat betul!!!
Tunggu suami aku datang ke wad untuk ikut aku ke bilik bersalin..Masuk saja bilik bersalin,nurse suruh buka semua yang ada di badan aku ini termasuk yang dalaman dan pakaikan baju yang ikat di belakang sahaja..Beza dengan Hospital Sultanah Aminah,semasa aku bersalinkan Madiihah pakai baju pink yang hospital sediakan masa di wad saja..Maka bermulalah kesakitan kontraksi ke satu lagi tahap.
Mula-mula nurse itu ada tanya nak epidural tak..Aku kata tak perlu disebabkan anak pertama aku tak ambil pun..Yakin sangat yang kedua ini pun boleh tahan sakit..Sangkaanku meleset kerana kesakitan itu makin lama makin dasyat terasa..Sesekali datang tak terucap.
Bukan nak mengada-ngada tapi mungkin sebab induce buat kesakitan yang aku rasai berganda..Sedutlah gas Entonox itu memang tak bagi kesan..Nasib baik kali ini hubby dapat teman..Masa bersalinkan Madiihah,berjuanglah seorang diri di bilik bersalin itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan