Welcome Blog


Sabtu, 30 Jun 2018

Tempat Selamat Untuk Bayi Yang Tidak Diingini

Assalamualaikum.
Semakin menjadi-jadi kes pembuangan bayi.Ada yang ditemui dalam keadaan yang baik dan dapat diselamatkan tapi ada juga bayi yang dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati dan sudah tidak bernyawa.Aku tahu emosi ibu yang mengandung dengan memikirkan masa depan yang tak menentu,teman lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan pandangan masyarakat menyebabkan mereka memilih untuk membuang atau membunuh bayi mereka tetapi alangkah lebih baik mereka memilih untuk meletakkan di tempat yang memang dikhaskan untuk diletakkan bayi-bayi yang tidak diingini mereka itu.Semoga penulisan oleh Syed Azmi dapat membantu ibu-ibu dan dapat menyelamatkan nyawa bayi-bayi.

"Untuk bakal- bakal yang terlanjur (mengandung luar nikah) atau mereka yang tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, salah satu tempat yang sesuai dan selamat untuk meletakkan bayi tanpa sebarang soal siasat adalah di tempat berikut :
Kalau dah bersalin, boleh letakkan terus sini.
Kalau mengandung dan tiada tempat selamat, sila hubungi hubungi tempat-tempat ini juga untuk membantu anda.

Ada 2 perkara yang saya tekankan.
Kalau bayi ditinggalkan dengan surat beranak, sekurang-kurangnya ada warganegara dan (jika ibu tersebut warganegara Malaysia) boleh bayi tersebut boleh menikmati semua hak anak Malaysia seperti perubatan, pendidikan, passport dan IC, kebajikan dan lebih cepat dibuat proses pengangkatan ke keluarga baru.

Kalau bayi ditinggalkan tanpa surat beranak, dia akan automatik menjadi bayi Muslim tapi tanpa warganegara dan tidak dapat bantuan zakat pun.

Jadi untuk proses bersalin yang selamat bagi ibu dan bayi dan masa depan bayi, pergi ke baby hatch untuk dapat khidmat nasihat yang terpelihara dan rahsia terjamin. Kalau asal Terengganu tapi pergi baby hatch Johor pun takpe. Boleh.

Cuma jangan buang bayi di tempat yang menyeksa bayi sebab cukuplah ia terseksa di tempat yang tak selamat dan kalau selamat pun jadi warga asing dan sengsara sepanjang hayat. Adakah berbaloi hidup begitu?

Jadi fikir baik-baik. Mintak nasihat.
Yang penting anda bukan keseorangan.

Dah banyak orang zina sebelum wujudnya tempat sebegini, dan program sebegini dibuat untuk selamatkan bayi yang tidak diingini daripada terdedah pada bahaya dan risiko kematian.

Apakah usaha yang digunakan untuk banteras zina sebelum wujudnya baby hatch. Sebab sementara kaedah mereka dikemaskini dan berjaya, bayi-bayi ini perlu diselamatkan.

Nama saya Syed Azmi. Saya mempunyai rumah transit wanita dan remaja hamil luar nikah belakang Tesco Ampang. Jadi saya amat memahami situasi anda. Sila datang atau WhatsApp jika sugul. 0162184769

* Pusat kami tidak membuat proses pengangkatan dan semua bayi yang dilahirkan akam dijaga oleh ibu kandung sendiri.

Terima kasih
Syed Azmi Alhabshi
Patron Rumah Kita.


Tips Untuk Nikmati Makanan Berpantang

Assalamualaikum.
Resepi yang aku kongsikan untuk dimasak ketika berpantang di dalam blog ini boleh dimasak mengikut kesesuaian diri masing-masing.Ada yang berpantang mengikut pantang orang lama yang ketat.Untuk aku,aku sesuaikan dengan keadaan.Ada yang boleh aku ikut,aku ikut.Yang tidak boleh atau sesuai aku ikut,aku tak ikut.

Contohnya sukatan minum air.Boleh minum banyak sebenarnya di dalam sehari tetapi sedikit-sedikit sekali minum.Kalau kurang minum air,kesan pada kita kemungkinan sembelit dan susu untuk bayi kita kurang.Proses pemulihan akan mengambil masa.

Untuk makanan pula,kita perlu makan sedikit tetapi kerap terutama ibu menyusu untuk memberi tenaga.Ibu ketika berpantang perlu makan makanan berkhasiat untuk memulihkan kecederaan dalaman selepas bersalin.

Penggunaan minyak pun cukup sekadar untuk menumis.Memang tidak digalakkan tetapi untuk aku,sudah cukup untuk menaikkan selera untuk menikmati makanan ketika berpantang.Sebaiknya elakkan.

Makan ayam atau daging pun ikut kesesuaian badan.Ada yang tidak boleh makan disebabkan gatal.Kalau boleh berpantang dengan ikan selama 44 hari itu,teruskan.Paling lama aku makan ikan adalah dua minggu dan selepas itu selang seli dengan ayam atau daging.Pilihlah bahagian yang mudah hadam.Bahagian dada untuk ayam dan bahagian batang pinang untuk daging.

Pilih sayur dan buah yang sesuai untuk mendapatkan khasiat yang seimbang setiap kali anda makan makanan berpantang.Elakkan sayur dan buah yang boleh memberikan kesan angin setelah dimakan.

Berpantang adalah proses memulihkan badan tetapi perlu seimbang dengan pemulihan emosi.Jangan hanya kerana untuk sihatkan badan tetapi kita memberi tekanan pada emosi.Selamat berpantang!!!😉


Khamis, 25 Januari 2018

Ulangtahun Kelahiran Annur Madiihah Yang Keenam Tahun

Assalamualaikum.
Pada 21 Januari 2018,genaplah usia Annur Madiihah 6 tahun.Untuk meraikan ulangtahun kelahiran Madiihah,kali ini aku bercadang meraikan di prasekolah Madiihah.Selama ini,hanya sesi potong kek bersama kami sahaja ulangtahun kelahiran anak-anak disambut.Jadi untuk pertama kalinya walaupun hanya kecil-kecilan dan ringkas sudah cukup menggembirakan hati seorang anak dapat meraikan bersama kawan-kawannya.


Susah nak ambil gambar yang fotogenik sejak akhir-akhir ini


Disebabkan baju seragam sekolah anak-anak prasekolah berwarna putih,jadi aku memesan brownies sahaja untuk sesi memotong kek.Untuk makanan aku tidak sediakan apa-apa kerana sudah ada menu makanan yang ditetapkan oleh pihak prasekolah.Hanya untuk cenderamata sahaja aku sediakan walaupun hanya seringkas mungkin.


Menggunakan beg kertas,gam dan sticky note sebagai hiasan.Di dalamnya aku isi dengan sekotak Milo dan biskut Lexus.Memang idea di saat-saat akhir dengan kekangan masa bekerja syif seperti aku ini.InsyaAllah,tahun mendatang lebih baik persediaan.Happy Birthday cinta hati pertama Ma dan Abah.May Allah bless you.😃

Ahad, 14 Januari 2018

Salam 2018

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan mencoretkan kata-kata di blog ini.Terima kasih pada yang sudi membaca coretan dan perkongsian pengalaman di dalam blog ini.

Tahun ini Madiihah memulakan persekolahan pertamanya.Madiihah kami hantar ke prasekolah yang sama apa bila Madiihah memulakan persekolahan di peringkat sekolah rendah kelak.Mungkin agak lambat bagi Madiihah untuk ke sekolah berbanding dengan anak-anak sebaya Madiihah ada yang sudah ke sekolah pada usia 4 tahun atau 5 tahun.InsyaAllah melihat perkembangannya di rumah walau tidak dihantar ke sekolah lebih awal memberangsangkan.Huruf A hingga Z,angka 1 hingga 20 dan huruf Alif hingga Ya mampu dikenali dan dihafal Madiihah.Madiihah juga mampu menulis mengikut huruf yang kami tulis.InsyaAllah dengan pembelajaran rasmi di prasekolah,mampu membantu Madiihah agar lebih mahir dalam membaca,mengira dan menulis.  

Tahun ini juga,InsyaAllah pada 7 Jun 2018 kami akan menerima ahli keluarga baru.Pada awal Oktober 2017,aku telah sahkan hamil.Walaupun tidak menjangka rezeki ini,kami suami isteri terima dengan hati terbuka.Mujur juga Perdana Menteri mengumumkan pada perbentangan Bajet 2018 bahawa cuti untuk ibu bersalin ditambah dari 300 hari kepada 360 hari.Ketiga-tiga anak sebelum ini,aku telah menggunakan cuti selama 90 hari setiap seorang.Jadi,hanya tinggal baki 30 hari sahaja untuk anak keempat.Dengan pengumuman dalam Bajet 2018 itu,pertambahan 60 hari menjadikan baki cuti bersalin aku bertambah dari 30 hari kepada 90 hari.Syukur Alhamdulillah.Kalau tiada pengumuman itu,aku perlu melakukan kerja lebih masa untuk mencari cuti tambahan bagi menambah cuti bersalin.Rezeki anak 2018.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan,dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang tahun 2018.Aamiin.

Rabu, 31 Mei 2017

Pengalaman Berpantang Selepas Pembedahan Caesarian

Assalamualaikum.
Coretan kali ini nak berkongsi pengalaman berpantang selepas pembedahan Caesarian ketika melahirkan anak ketigaku.15 September 2015 aku ke hospital dan 16 September 2015 aku melahirkan anakku.Sepanjang kehamilan,aku mengamalkan vitamin Shaklee.Alhamdulillah sangat memberikan kekuatan untuk diriku bertahan sepanjang kehamilan dan ketika berpantang.

Selepas selesai pembedahan,aku dibawa ke bilik pemulihan dan selepas itu baru dihantar ke wad semula.Kesan ubat bius perlu hilang barulah aku boleh bersama dengan anakku.Alhamdulillah,walaupun anakku mengalami fetal distress,anakku dalam keadaan yang sihat dan boleh bersamaku di dalam wad.

Setelah kesan ubat bius hilang dan aku sudah mampu merasa pergerakan seperti biasa semula,aku berjalan ke bilik air untuk membuang air kecil dan membersihkan diri.Pastikan diri anda boleh berdiri tanpa bantuan.Jika masih merasa pening atau hendak pitam,minta bantuan jururawat bertugas.InsyaAllah,jururawat akan membantu anda cuma jangan mengharapkan untuk diberi perhatian sepenuhnya kepada anda.

Bermula sesi penyusuan kepada anakku.Alhamdulillah,anakku dapat menerima susu ku walaupun hampir beberapa jam selepas pembedahan baru aku bersama anakku kembali.Sakit akibat pembedahan mula terasa tapi ku tahankan demi menyusukan anak tersayang.Posisi menyusukan yang selesa ketika ini bagi aku adalah baring mengiring.

Ubat yang diberikan oleh jururawat aku makan selang seli dengan vitamin Shaklee.Alhamdulillah,aku rasa bertenaga untuk menguruskan diri dan anakku sendirian di hospital sepanjang tempoh 3 hari.Polisi hospital tidak membenarkan sesiapa pun menemani ibu di wad melainkan waktu melawat.Bayangkan dengan luka pembedahan yang masih baru,keletihan selepas kontraksi kelahiran normal sebelum aku perlu menjalani pembedahan caesarian dan kesan ubat bius,aku perlu kuat demi anakku.Aku hanya meminta bantuan jururawat untuk melihat anakku ketika aku ke bilik air.Hari kedua aku telah mandi kerana rasa tidak selesa dengan badan yang melekit.

Amat berbeza berpantang bersalin normal dan berpantang secara pembedahan.Tetapi persamaan yang aku rasai adalah tenaga yang sama berpantang dengan suplemen Shaklee.Dari kelahiran anak pertama lagi aku tidak mengambil sebarang produk berpantang berasaskan jamu atau herba untuk mengelakkan risiko kuning pada anak-anakku.Sebelum ini aku hanya mengambil Vitalea,vitamin C,B Complex,Zinc dan ESP tetapi disebabkan bersalin pembedahan,aku menambah Vivix untuk proses penyembuhan luka akibat pembedahan.Sepanjang berpantang,aku hanya makan sekali sahaja masakan berasaskan ikan haruan.Pati ikan haruan atau gamat,tidak langsung aku amalkan untuk mengelakkan kesan superhealing.

Semua maklumat tentang bersalin pembedahan aku telah cari dan baca.Kebetulan sebenarnya semua maklumat itu untuk sahabatku yang bersalin secara pembedahan caesarian 2 minggu awal dari tarikh bersalin.Facebook juga banyak yang berkongsi artikel tentang pati ikan haruan dan gamat.Maka dari selepas pembedahan lagi aku tidak bercadang untuk amalkan ikan haruan,pati ikan haruan atau gamat.Cukuplah dengan suplemen Shaklee.Vitamin C,Zinc dan Vivix untuk penyembuhan luka.Biar lambat proses penyembuhan tetapi secara normal.

Proses berpantang kali ini dibantu sepenuhnya oleh suamiku kerana aku amat memerlukan kekuatan untuk menguruskan dua lagi anakku.Pengalaman menjaga dua anak sebelum ini ketika aku berpantang banyak membantu suamiku dalam menjaga diriku dan anak-anak kami untuk kelahiran anak ketiga ini.Sedap dan berselera aku makan makanan berpantang yang dimasak oleh suami.Terima kasih sayang.

Bagi anda yang sedang hamil dan bakal melahirkan anak,pilihan terbaik adalah suplemen Shaklee kerana ia sesuai sama ada untuk berpantang bersalin normal atau berpantang bersalin pembedahan.Suplemen Shaklee juga sesuai untuk sepanjang kehamilan.Klik www.wasap.my/601132548214 untuk pertanyaan dan pembelian suplemen Shaklee.



Jumaat, 26 Mei 2017

Resepi Mesti Cuba : Choc Chic Cookies

Assalamualaikum.
Ini resepi untuk biskut choc chic.Ramai yang sudah berkongsi resepi ini di Facebook.Boleh dibuat untuk makan sendiri atau untuk dijual.Selamat mencuba.
Gambar ihsan dari Facebook Pemilik Resepi
Bahan A
1 cawan butter
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar susu cair/susu segar
(Saya guna susu full cream 2 sudu besar)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

Bahan B
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 cawan choc chip
(Saya guna 1 cawan choc chip dicampur 1 cawan choc rice)
1 cawan kekacang tidak kira jenis apa pun

Cara Penyediaan
1. Pukul bahan A hingga sebati.
2. Jangan pukul terlalu lama.
3. Anggaran dalam seminit sahaja.
4. Kemudian masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.
5. Akhir sekali masukkan choc chip dan kekacang pilihan.
6. Adunan agak lembik jadi perlu jarakkan sedikit semasa mengarut adunan.
7. Bakar suhu 170 Celsius selama 20 minit.

Terima kasih kepada pemilik resepi Shahila Hanim.Maaf jika saya melakukan perubahan dari segi ejaan dan ayat.Semoga pembaca blog beroleh manfaat dan pemilik resepi beroleh pahala berkongsi resepi ini.😃


Solat Tarawih Di Rumah

Assalamualaikum.
Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan juga bagi ibu-ibu yang siangnya bekerja,malamnya jadi supermom,jom baca cara-cara nak melakukan solat tarawih di rumah.

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak.Mudahnya nak beribadah.Allah Maha Penyayang.Jangan bersedih kalau tidak dapat mengikuti buat tarawih di masjid.

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawa si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Faktor keselamatan anak-anak yang dibawa bersama ke masjid.Dalam mengerjakan ibadat mungkin kita akan mengabaikan keselamatan anak-anak.Jadi sebelum terjadi yang tidak baik,lebih baik kita mengambil langkah pencegahan.Anak-anak adalah tanggungjawab kita dan bukan orang lain.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu.Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih di rumah, boleh ikut cara di bawah:

SOLAT SUNAT TARAWIH
● Niat solat sunat Tarawih 

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah Al-Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

● Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Sangatlah mudah.Tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid.Selepas anak-anak sudah tidur dan selepas berehat,bolehlah kita mulakan.Ambil masa sendiri dan tiada apa yang perlu difikirkan atau dirisaukan sepanjang tarawih.Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik.Kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih,tahun ini kita usaha buat.Semoga beroleh manfaat dan keberkatan Ramadhan.😃

Kredit https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tarawih-lapan-rakaat/

Lafaz Niat Puasa : Salam 1 Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah selesai sahur hari pertama.Bangun pukul 5 pagi goreng ayam.Nasi sudah masak sebelum masuk tidur.Guna periuk nasi eletrik bolehlah nak biarkan panas.Tengah menggoreng ayam,Wajiihah menangis.Biasalah kalau aku kerja syif pagi pun,kejutkan suami untuk dodoikan Wajiihah.Tadi tinggalkan begitu sahaja.Bangun terkejut tak nampak Ma dia memang menangis macam kena pukul.Mujur kakak-kakak dia masih tidur lena.Kalau tidak,tiga kali drama air mata.

Dalam kekalutan sambil menyusu,suap juga nasi.Makan sampai lebih waktu imsak.Mujur sempat juga minum air dan makan kurma.Sekarang lebih lagi bersihkan kurma dan kopek kurma.Risau termakan makhluk lain.😂

Aku kongsikan lafaz niat puasa yang ringkas atau untuk sebulan.Nak mudah lafaz niat puasa untuk sebulan dan sebelum tidur atau setiap kali selepas sahur,lafazlah niat puasa ringkas.Jangan tak berpuasa sebab terlupa niat.Asalkan belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa,lafaz niat dan berpuasalah.Salam 1 Ramadhan,selamat bersahur dan selamat bersabar menunaikan ibadah puasa.😃

Lafaz niat sehari berpuasa

Lafaz niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz niat lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Rabu, 24 Mei 2017

Resepi Mesti Cuba : Nasi Goreng Ikan Masin

Assalamualaikum.
Malam ini rasa nak makan selain ayam.Maka kena rajin sikitlah.Jom masak nasi goreng.
Bahan-bahan
2 pot nasi
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
10-15 cili kecil ditumbuk kasar
Ikan masin yang berisi potong kecil
Sayur kangkung
Sos ikan secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
2. Goreng kepingan ikan masin hingga garing dan ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama tumis bawang putih dan cili kecil sehingga keperangan.
4. Masukkan nasi dan goreng seketika.
5. Masukkan sayur kangkung 3 minit sebelum api ditutup.
6. Letakkan sos ikan ikut kemasinan yang diingini.Siap untuk dimakan.

Tips Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan dan mula berpuasa.Cuaca semakin panas dan membahang.Rasa nak minum sepanjang masa.Semoga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk berpuasa pada tahun ini.

Tips aku untuk bertenaga di bulan puasa dengan memastikan pengambilan suplemen asas seperti Vitalea,Vitamin C,B Complex.Dengan masa kerja syif seperti aku amat memerlukan aku untuk bertenaga dan bersabar dengan kerenah serta sikap tak menentu dari penumpang domestik dan antarabangsa.

Selain pengambilan vitamin asas,aku juga akan mengambil ESP dan Performance Drink.Berdasarkan pengalaman berpuasa tahun-tahun sebelum ini di mana aku pernah berpuasa ketika mengandung dan ketika menyusukan anak,semua suplemen yang aku ambil amat membantu untuk aku kekal bertenaga sepanjang hari.

Cuaca panas terik juga mudah untuk kita dijangkiti penyakit seperti demam,batuk dan selesema.Tempat aku bertugas juga menjadi faktor penyebab utama aku memastikan pengambilan suplemen yang konsisten.

Jadi mari kita pastikan tahun ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat dan bertenaga.InsyaAllah.Selamat mengambil Awal Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa.😃

SET PUASA SHAKLEE
Set puasa Shaklee kebiasaannya merujuk kepada Mighty Gem Set yang terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink sahaja. Tetapi kali ini set puasa Shaklee adalah terdiri daripada:

1. ESP

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini dalam set puasa Shaklee adalah:


  • Bantu kekal bertenaga sepanjang hari.
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
  • Setiap hidangan ESP adalah rendah GI di mana membantu memberikan tenaga di samping kenyang lebih lama.
  • Sumber protein yang baik juga akan membantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan Ramadhan.

2. Mealshake

Mealshake berperisa vanilla yang pasti memikat rasa!
  • Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
  • Kaya dengan kalsium dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit apabila berpuasa.
  • Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

3. Performance Drink

Performance Drink adalah umusan ekslusif Opticarb memberikan kita karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
  • Rasa oren yang menyegarkan!
  • Bantu mengelakkan dehidrasi.
  • Mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
  • Jika diminum selepas berbuka,Performance Drink membantu anda untuk menambah semula tenaga dan mudahlah untuk menunaikan terawih.

4. Lecithin

Lecithin mengandungi sumber semulajadi daripada kacang soya dimana setiap kapsul mengandungi:
  • 520mg lecithin soya
  • 80mg kolina
  • 48mg inositol.
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tidak tepu.
Kolina sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.Kolina adalah komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Ini bermakna selain membantu membakar lemak dan kolestrol dalam badan, Lecithin membantu otak berfungsi dengan cerdas.
Selain mempunyai banyak fungsi lain, bagi orang berpuasa, Lecithin dapat:
  • Membakar lemak dan kolestrol
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
  • Meringankan sembelit; melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus
Jom dapatkan set Puasa Shaklee ini sekarang!

👇👇👇
Klik www.wasap.my/601132548214/BestnyaPuasa untuk pertanyaan dan pembelian Set Puasa Shaklee 

Resepi Mesti Cuba : Pulut Ayam

Assalamualaikum.
Pulut ayam ini salah satu hidangan yang ada di Perlis.Boleh dimakan tak kira masa.Sarapan pagi pun boleh.Nak kata mengantuk lepas makan tak juga sebab sekadar pulut kosong tanpa santan.
Sebelum ini kalau balik Perlis sahaja baru aku dapat menikmati hidangan ini tetapi sekarang mudah sebab aku boleh dapatkan rempah untuk ayam dan bawang yang sudah siap digoreng beserta sos siam.
Kalau ingin untuk dapatkan bahan-bahan ini,anda boleh hubungi Nurfatmawati@Kak Wati di www.wasap.my/60108303080/PulutAyamDIY

Bahan-bahan
3 pot beras pulut
Ayam dibelah 8 bahagian
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Rendam beras pulut semalaman atau setengah jam sebelum dimasak.
2. Toskan air rendaman dan masukkan 2 pot setengah air ke dalam periuk nasi.
3. Masukkan sedikit garam dan kacau rata.Hidupkan suits dan biarkan masak.
4. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan bawang putih dan rempah ayam.
5. Biarkan semalaman atau sejam sebelum digoreng.
6. Masukkan minyak untuk goreng secara deep fry.Pastikan minyak dipanaskan dengan api yang sederhana kemudian masukkan ayam.
7. Tutup kuali untuk memastikan ayam masak garing diluar dan lembut di dalam.
8. Setelah masak,angkat dan hidangkan bersama pulut,bawang goreng dan sos siam.Sedia untuk dimakan.
9. Selamat mencuba.

Bagi yang ingin menggoreng bawang sendiri,ini caranya.Bersihkan bawang merah.Hiris sebanyak mana bawang merah yang diingini kemudian gaulkan dengan tepung beras dan sedikit garam.Minyak pastikan dalam suhu sederhana panas dan sentiasa dikacau di dalam kuali untuk mengelakkan bawang yang digoreng melekat.Setelah warna bawang agak keperangan,angkat dan toskan.Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Sabtu, 20 Mei 2017

17 Resepi Berpantang Bersalin Normal,Pembedahan Dan Keguguran

Resepi ini bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin sama ada bersalin normal,pembedahan dan juga keguguran.

Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Cara Penyediaan
1. Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau.
2. Gaulkannya sebati.

Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan
1 keping ikan tenggiri kering
2 biji lada besar
½ biji bawang besar dihiris

Cara Penyediaan
1. Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
2. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
3. Hidang bersama nasi panas

Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam
Sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam.
2. Hidang bersama nasi panas.

Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan
Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Sedikit air asam jawa & gula

Cara Penyediaan
1. Tumis semua bahan yang dihiris.
2. Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
3. Akhir sekali,masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan
100g ikan bilis putih
3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Sedikit minyak

Cara Penyediaan
1. Goreng ikan bilis hingga ranggup.
2. Kemudian masukkan bahan hirisan.
3. Biarkan seketika sehingga bahan hirisan masak dan angkat.

Ikan Bilis Dengan Cili Kisar

Bahan-bahan
Sebiji bawang besar dimayang
Ikan bilis
Jeruk lobak
Sebiji telur
Cili kisar 1 sudu

Cara Penyediaan
1. Goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan cili kisar hingga masak, masukkan jeruk lobak dan ikan bilis.
3. Akhir sekali,masukkan telur dan kacau hingga sebati.

Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Lada hitam, halia dan kunyit hidup ditumbuk.
2. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.Biarkan pekat.
3. Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan
1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm hirisan halia muda
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
2. Tumis hingga naik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut.Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
3. Setelah itu,masukkan perasa.Boleh diangkat dan dihidang.

Hati Goreng Lada

Bahan-bahan
600g hati lembu direbus dan dipotong
4 sudu besar lada putih
2 sudu besar serbuk rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air asam jawa
½ sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kunyit
2 labu bawang besar
Garam secukup rasa
1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan
1. Gaulkan hati yang telah dipotong bersama  semua bahan kecuali daun bawang tersebut.
2. Tumiskan ia dan biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
4. Taburkan hirisan daun bawang.

Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan
Ayam atau daging
4cm halia muda
3cm kunyit hidup
Garam secukup rasa

Air asam lada hitam
2 sudu lada hitam
Sedikit hirisan bawang besar
Sedikit air asam jawa

Cara-cara:
1. Kesemua bahan ini dikisar dan diperap dengan ayam atau daging setengah jam sebelum masak atau semalaman.
2. Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
3. Hiriskan dan boleh dihidang dengan air asam lada hitam.

Sambal Tok-tok

Bahan-bahan
Ikan bilis
Cili padi
Bawang merah
Sedikit perahan air asam limau

Cara Penyediaan
1. Semua bahan tersebut ditumbuk kasar.
2. Dicampur bersama perahan limau.

Ayam/Daging Goreng Halia

Bahan-bahan
Ayam atau daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, 
Sedikit garam
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air atau bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak,masukkan ayam atau daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Setelah agak lembut,tumiskan bawang putih dan halia,masukkan juga sos tiram.
3. Akhir sekali masukkan,lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.

Ayam/Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan
Ayam atau daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Perapkan ayam atau daging bersama halia,bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar termasuk bahan sos terlibat.
2. Panaskan minyak,masukkan ayam atau daging bersama bahan perap,tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan ayam atau daging lembut.
3. Setelah empuk,boleh ditambah dengan garam mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan
Ayam
1 batang serai dititik
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit garam
Air asam jawa
½ cawan air

Cara-cara:
1. Ayam dilumur dengan garam dan sedikit bawang merah, halia, bawang putih, kunyit tumbuk juga lengkuas.
2. Panggang ayam.
3. Tumiskan lebihan bahan yang ditumbuk tadi,masukkan jintan manis, air asam jawa juga garam. 
4. Tambah sedikit air untuk berkuah dan bolehlah disiram ke atas ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan
1 ekor ayam
Daun salam dan daun kunyit

Bahan A
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Jintan manis
Lada hitam
Serai 
Halia
Gula Melaka dicincang halus
Lemon diperah ambil airnya
Santan
Garam
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi

Cara Penyediaan
1. Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
2. Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried).
3. Tumis bawang merah dan putih.
4. Masukkan bahan-bahan A,masukkan juga air perahan lemon, gula melaka, garam.
5. Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan.Bila dah pekat masukkan pula santan pekat.
6. Bila kuah dah masak dan menekat,boleh disiram ke atas ayam tersebut.

Lengkuas Muda Masak Lada Merah (Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan bagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan
Lengkuas muda dihiris nipis direbus sehingga kering utk buang pahit dan maung lengkuas 
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah

Cara Penyediaan
1. Lada merah,ikan bilis, bawang putih dan bawang merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
2. Masukkan garam dan lengkuas yang telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

Turi Masak Asam Rebus (Bagus Untuk Menambah Susu Ibu)

Bahan-bahan
Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah

Cara Penyediaan
1. Bawang merah, lada merah, ikan bilis, kunyit hidup ditumbuk kemudian direbus.

2. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah diangkat.

Resepi Mesti Cuba : Roti Sosej Berkeju

Ingat dulu-dulu semasa bertugas di Johor,cuba jual roti sosej ini semasa kerja syif pagi.Bukan nak untung sangat pun walaupun guna bahan semua yang terbaik.Tak pula jual mahal.Seronok sebab dapat bagi kawan-kawan kenyang sebelum dapat makan sarapan berat yang lain.=)

Bahan-bahan
10 keping roti
10 batang sosej
5 keping keju
2 biji telur
Bread crumbs secukupnya
Sedikit lada sulah
Sedikit bancuhan tepung gandum

Cara Penyediaan
1. Roti digelek hingga nipis.
2. Sekeping keju dibelah dua.
3. Letakkan keju kemudian sosej atas roti dan gulungkan.
4. Sapukan bancuhan tepung gandum yang berfungsi sebagai pelekat di hujung gulungan.
5. Celupkan dalam bancuhan telur yang dicampurkan sedikit lada sulah.
6. Taburkan bread crumbs ke seluruh gulungan roti.
7. Masak dalam minyak betul- betul panas secara deep fry dalam 45 saat.
8. Elakkan menggoreng terlalu lama kerana keju akan mencair dan roti akan berminyak.
9. Angkat dan sejukkan sebentar.Siap untuk dimakan.

Resepi Mesti Cuba : Kerabu Mangga

Bahan-bahan
2 biji mangga muda
1 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang bunga jantan
1 batang serai
10 biji cili kecil
Setengah cawan jus perahan limau nipis
Setengah cawan kacang goreng ditumbuk kasar
3 sudu besar udang kering disangai dan tumbuk kasar
Sedikit gula
Sos ikan secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Sagat mangga atau hiris halus.
2. Hiriskan bawang besar,bunga kantan,serai dan cili kecil.
3. Gaul semua bahan hirisan kemudian campurkan dengan bawang putih,kacang dan udang kering.
4. Sebatikan semua bahan dan letakkan sos ikan secukup rasa dan sedikit gula.
5. Campurkan jus limau nipis dan sesuaikan mengikut rasa yang diingini.
6. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Mesti Cuba : Pulut Mangga

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
2 biji mangga
2 cawan santan pekat
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara memasak
1. Basuh dan rendamkan beras pulut semalaman atau setengah jam sebelum dimasak.
2. Toskan air rendaman dan masukkan beras pulut bersama air sebanyak 1 cawan setengah ke dalam periuk nasi eletrik.
3. Taburkan sedikit garam dan kacau rata.Hidupkan suis dan hanya bila mendidih dikacau untuk elak pulut melekat.
4. Setelah masak,kaupkan pulut ke bahagian tengah.Biarkan sejuk.
5. Panaskan santan dengan api perlahan dan tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang diingini.
6. Masukkan sedikit garam dan sedikit gula.Biarkan mendidih dan tutup api.
7. Letakkan pulut di dalam pinggan,diikuti kuah santan ke atas nya.Hiriskan buah mangga dan siap untuk dihidangkan.

Selasa, 16 Mei 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Assalamualaikum
Alhamdulillah tahun ini kami suami isteri tersenarai antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC setelah 9 tahun perkhidmatan kami sebagai pegawai kerajaan.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang
dalam tugas-tugas yang diberikan.

Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkhidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi
jawatannya.

a) Kelayakan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua
pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap,
sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari
terakhir tahun penilaian.

b) Asas Pertimbangan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah
seperti berikut:
i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan
ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

c) Insentif
i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut:
1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan
2) Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00.

Majlis APC kebiasaannya diadakan 1 hari tapi untuk kali ini diadakan selama 2 hari.1 hari untuk rehearsal dan 1 hari majlis sebenar.Disebabkan aku dan suami bergilir menjaga anak-anak kami,agak mustahil untuk kami berdua dapat bersama-sama menghadiri dan menerima sijil APC.Suami ku membenarkan aku hadir rehearsal dan aku bercadang untuk memberi peluang pada suamiku hadir pada majlis APC keesokkan harinya.

Aku perhatikan keadaan dewan yang terbuka dan jarak antara kedudukan aku dan suami membolehkan aku dan suami boleh menerima sijil APC tanpa perlu salah seorang sahaja yang dapat hadirkan diri.Aku meyakinkan suami untuk membawa anak-anak kami bersama ke majlis APC.
As2
Pada hari majlis APC,suamiku yang berada di dalam dewan dan aku bersama anak-anak berada di luar dewan.Sebelum majlis bermula,sudah ku beritahu pihak urusetia bahawa aku dan suami akan mengambil sijil APC di atas pentas cuma aku tidak berada di dalam dewan sepanjang majlis berjalan.

Pihak urusetia sangat bertolak ansur dan memberi kebenaran untuk berbuat demikian asalkan tidak menganggu protokol dan kelancaran majlis APC.Jutaan terima kasih kami suami isteri ucapkan.
As1
Ketika menjaga anak-anak di luar dewan,Ketua Pengarah Imigresen kebetulan ternampak dan sempat bertanya kenapa aku ada bersama anak-anak.Urusetia memberitahu kami suami isteri adalah penerima APC tetapi salah seorang perlu berada bersama anak-anak.Jarang untuk suami isteri menerima APC pada tahun yang sama di tempat bertugas yang sama.Alhamdulillah rezeki kami dan anak-anak.
As
Aku membawa anak-anak bersama beratur menunggu giliran sementara menunggu suami aku menerima sijil APC.Naziihah patuh arahan aku untuk duduk bersama urusetia sementara suamiku ambil semula anak-anak kami.Agak panik juga kerana Madiihah tidak mahu ditinggalkan bersama urusetia yang bertugas.Mujur suamiku sempat mengambil anak-anak selang beberapa penerima APC sebelum namaku dipanggil.

Selesai mengambil sijil APC,terus aku keluar dari dewan dan mendapatkan suami serta anak-anak.Syukur akhirnya impian ku ingin bersama suami meraikan hari yang penting dalam kerjaya kami berdua ini berjaya.InsyaAllah,Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini menjadi pemangkin untuk kami suami isteri terus memberi perkhidmatan dengan lebih baik di dalam tugas yang kami lakukan.