Assalamualaikum.
Lewat pula "bestfriend" aku datang bulan ini.Selepas bersalinkan Madiihah,"bestfriend" aku ini buat lawatan seperti biasa.Kalau lambat macam ini pun sebab aku ada makan supplemen itu pun sebulan saja yang tak betul waktu lawatannya.Lepas berpindah rasanya hampir 2 bulan juga tak menentu cara aku makan supplemen tetapi "bestfriend" aku datang seperti biasa.
Welcome Blog
Jumaat, 22 Mac 2013
Khamis, 21 Mac 2013
Salam 2013..=)
Alhamdulillah,tahun 2012 berlalu dengan lancar dan permulaan tahun 2013 bermula dengan baik..Lama rasanya aku tidak mencoretkan apa-apa di blog ini kerana sibuk menguruskan pertukaran ke KLIA..Setelah 4 tahun lebih berkhidmat di negeri Johor,aku dan suami dapat bertukar ke KLIA..
Kami memohon untuk berpindah kerana faktor ingin berdekatan dengan keluarga..Apabila sudah berpindah ke KLIA ini,lebih mudah untuk kami pulang ke kampung keluarga masing-masing dan menguruskan apa-apa jika berlakunya kecemasan..
Kami memohon untuk berpindah kerana faktor ingin berdekatan dengan keluarga..Apabila sudah berpindah ke KLIA ini,lebih mudah untuk kami pulang ke kampung keluarga masing-masing dan menguruskan apa-apa jika berlakunya kecemasan..
Rabu, 31 Oktober 2012
Akhirnya Madiihah Dihantar Ke Rumah Pengasuh..=(
Setelah melahirkan Madiihah,aku bercuti bersalin selama 3 bulan..Satu tempoh yang lama walaupun sebenarnya pantas masa berlalu..Sepanjang aku bercuti,selalu aku terbaca tentang kematian bayi akibat tersedak susu dan penderaan bayi..Ini membuatkan aku dan suami bersetuju untuk bergilir-gilir menjaga Madiihah selepas tamat tempoh cuti bersalinku..Di tempat kami amat sukar untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga bayi yang ibu bapanya bekerja waktu syif yang melibatkan waktu malam..
2 bulan setelah kami bergilir-gilir menjaga Madiihah,kesihatan suamiku tidak mengizinkan kami terus menjaga Madiihah..Kami berdua bekerja syif berlainan kumpulan..Ketika aku bekerja,suamiku bercuti begitulah sebaliknya..Madiihah sangat susah untuk minum susu menggunakan botol..Ini agak menyukarkan untuk suamiku..Jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk menjaga Madiihah selama 4 bulan..
2 bulan setelah kami bergilir-gilir menjaga Madiihah,kesihatan suamiku tidak mengizinkan kami terus menjaga Madiihah..Kami berdua bekerja syif berlainan kumpulan..Ketika aku bekerja,suamiku bercuti begitulah sebaliknya..Madiihah sangat susah untuk minum susu menggunakan botol..Ini agak menyukarkan untuk suamiku..Jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk menjaga Madiihah selama 4 bulan..
Selasa, 16 Oktober 2012
Alahan Makanan Madiihah..=(
Pada suatu petang,aku memasak cucur ikan bilis untuk dimakan bersama suamiku..Madiihah yang beberapa hari tidak berselera untuk makan kerana baru tumbuh gigi menunjukkan minat untuk makan..Lalu aku mencicipkan sedikit cucur ikan bilis itu untuk Madiihah..
Agak banyak juga cucur ikan bilis yang aku cicipkan Madiihah makan..Setelah beberapa lama selepas makan,badan Madiihah mula timbul sesuatu yang kemerah-merahan..Kami menyangkakan pada mulanya mungkin disebabkan kepanasan tetapi apabila semakin lama semakin banyak,kami terus membawa Madiihah ke klinik swasta..
![]() |
| Alahan menyebabkan badan dan muka jadi merah..=( |
Ahad, 30 September 2012
Honeymoon Bersama Madiihah..=)
Selesai majlis perkahwinan,"bestfriend" aku datang membuat lawatan seperti biasa..Maka,cuti kami disingkatkan dan kami kembali ke rumah kami di Johor Bahru..Aku kalau "bestfriend" ini datang memang senggugut dan tidak akan berada dalam keadaan yang terbaik untuk membuat sebarang aktiviti..
Setelah dua bulan perkahwinan kami,aku disahkan hamil..Memandangkan banyak cuti telah diambil untuk urusan perkahwinan maka cuti yang ada dimanfaatkan untuk pemeriksaan bulanan ibu hamil setiap bulan..Bersalin juga memerlukan bajet yang banyak dari segi membeli kelengkapan bayi dan untuk ibu berpantang..
Peluang yang datang jangan disia-siakan walaupun bulan madu kami akan disertai anak kami..Destinasi bulan madu yang suami aku pilih ialah di Pantai Puteri Melaka..Apa yang menarik penginapan yang berdepan dengan pemandangan pantai membuatkan suasana sungguh cantik dan romantis..
Isnin, 17 September 2012
Ibu Muda Tergamak Mencampak Bayi Dari Tingkat 3..=(
Kenapalah masih lagi terjadi perbuatan kejam sebegini?Sayu hati melihat bayi kecil tak berdosa diperlakukan sebegini rupa oleh ibunya sendiri..Semoga Allah mengampuni dosa anda wahai ibu durjana dan semoga anak yang anda bunuh itu masih sudi menunggu anda untuk masuk ke syurga kelak..=(
![]() |
| Tempat mayat bayi yang dicampak ibunya ditemui..=( |
Isnin, 10 September 2012
Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Bayi Anda Selesema?
Selepas
suami aku dijangkiti selesema dan batuk,Madiihah pula selesema..Kesian
tengok mengalir hingusnya..Kami membawa Madiihah berjumpa doktor untuk
mendapatkan ubat yang bersesuaian untuk Madiihah memandangkan Madiihah
masih di bawah umur setahun..Dapatlah dua jenis ubat..Satu ubat cecair
untuk dimakan dan satu ubat titik untuk dititkkan ke dalam hidung ketika
Madiihah tidur untuk melancarkan pernafasannya..
Setelah 7 bulan lebih usianya,inilah baru pertama kali Madiihah mendapat selesema..Madiihah aktif seperti biasa cuma apabila tidur di waktu malam Madiihah kerap terjaga..Kalau
kita orang dewasa pun merasa tidak selesa jika selesema apatah lagi
bayi yang tidak mampu untuk memberitahu kita ketidakselesaannya
melainkan melalui tangisan dan kelakuannya..Semoga cepat sembuh
sayangku..
Bagi ibu bapa yang pertama kali menghadapi situasi seperti yang aku hadapi ini,artikel di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda..=)
![]() |
| Dua ubat untuk selesema Madiihah..=) |
Bagi ibu bapa yang pertama kali menghadapi situasi seperti yang aku hadapi ini,artikel di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda..=)
Langgan:
Catatan (Atom)


