Welcome Blog


Khamis, 11 April 2013

Perbezaan Mengandung Anak Kedua

Assalamualaikum.
Mengandung kali ini agak menguji diri aku kerana di samping mengandung aku masih lagi menyusu Madiihah.Terasa sangat keletihan setiap kali aku balik kerja.Syukur sebab aku tidak mengalami alahan,loya atau muntah-muntah sama seperti semasa aku mengandungkan Madiihah cuma kali ini aku lebih susah untuk makan kerana tidak berselera.

Kesian suami aku yang berusaha membeli lauk untuk aku tetapi sebabkan tidak berselera aku kadang-kadang hanya makan nasi berlaukkan kuah.Semasa mengandungkan Madiihah pun trimester pertama aku tidak selera untuk makan tetapi tidk seteruk ini.Mungkin sebab itulah aku lebih keletihan mengandung kali kedua ini.

Kadang-kadang dalam sehari hanya sekali sahaja aku akan makan nasi.Madiihah yang seperti tahu akan mempunyai adik pula memanfaatkan sepenuhnya penyusuannya walaupun sudah diberikan makanan tetap juga mahu menyusu denganku.Kebanyakan masaku kini aku isi dengan aktiviti tidur.

Seksa juga rasanya bila tak berselera ketika mengandung ini.Mujurlah aku tidak mengalami sebarang alahan,loya atau muntah-muntah.Kalau tak,lagi lembiklah rasanya nak menempuh bulan-bulan yang mendatang.Kandunganku baru masuk 9 minggu.Semoga selepas ini,aku akan kembali seperti biasa.Aamiin.😃

Jumaat, 22 Mac 2013

Mengandung Lagi..=)

Assalamualaikum.
Lewat pula "bestfriend" aku datang bulan ini.Selepas bersalinkan Madiihah,"bestfriend" aku ini buat lawatan seperti biasa.Kalau lambat macam ini pun sebab aku ada makan supplemen itu pun sebulan saja yang tak betul waktu lawatannya.Lepas berpindah rasanya hampir 2 bulan juga tak menentu cara aku makan supplemen tetapi "bestfriend" aku datang seperti biasa.

Khamis, 21 Mac 2013

Salam 2013..=)

Alhamdulillah,tahun 2012 berlalu dengan lancar dan permulaan tahun 2013 bermula dengan baik..Lama rasanya aku tidak mencoretkan apa-apa di blog ini kerana sibuk menguruskan pertukaran ke KLIA..Setelah 4 tahun lebih berkhidmat di negeri Johor,aku dan suami dapat bertukar ke KLIA..

Kami memohon untuk berpindah kerana faktor ingin berdekatan dengan keluarga..Apabila sudah berpindah ke KLIA ini,lebih mudah untuk kami pulang ke kampung keluarga masing-masing dan menguruskan apa-apa jika berlakunya kecemasan..

Rabu, 31 Oktober 2012

Akhirnya Madiihah Dihantar Ke Rumah Pengasuh..=(

Setelah melahirkan Madiihah,aku bercuti bersalin selama 3 bulan..Satu tempoh yang lama walaupun sebenarnya pantas masa berlalu..Sepanjang aku bercuti,selalu aku terbaca tentang kematian bayi akibat tersedak susu dan penderaan bayi..Ini membuatkan aku dan suami bersetuju untuk bergilir-gilir menjaga Madiihah selepas tamat tempoh cuti bersalinku..Di tempat kami amat sukar untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga bayi yang ibu bapanya bekerja waktu syif yang melibatkan waktu malam..

2 bulan setelah kami bergilir-gilir menjaga Madiihah,kesihatan suamiku tidak mengizinkan kami terus menjaga Madiihah..Kami berdua bekerja syif berlainan kumpulan..Ketika aku bekerja,suamiku bercuti begitulah sebaliknya..Madiihah sangat susah untuk minum susu menggunakan botol..Ini agak menyukarkan untuk suamiku..Jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji untuk menjaga Madiihah selama 4 bulan..


Selasa, 16 Oktober 2012

Alahan Makanan Madiihah..=(

Pada suatu petang,aku memasak cucur ikan bilis untuk dimakan bersama suamiku..Madiihah yang beberapa hari tidak berselera untuk makan kerana baru tumbuh gigi menunjukkan minat untuk makan..Lalu aku mencicipkan sedikit cucur ikan bilis itu untuk Madiihah..
Alahan menyebabkan badan dan muka jadi merah..=(
Agak banyak juga cucur ikan bilis yang aku cicipkan Madiihah makan..Setelah beberapa lama selepas makan,badan Madiihah mula timbul sesuatu yang kemerah-merahan..Kami menyangkakan pada mulanya mungkin disebabkan kepanasan tetapi apabila semakin lama semakin banyak,kami terus membawa Madiihah ke klinik swasta..

Ahad, 30 September 2012

Honeymoon Bersama Madiihah..=)

Akhirnya setelah hampir setahun lebih usia perkahwinan aku dan suami,kami akan berbulan madu..Bunyi macam lucukan sebab pasangan lain berbulan madu sejurus selepas selesai majlis perkahwinan tetapi kami setelah mempunyai anak..Bukan kerana kekurangan bajet tetapi kesempitan masa..

Selesai majlis perkahwinan,"bestfriend" aku datang membuat lawatan seperti biasa..Maka,cuti kami disingkatkan dan kami kembali ke rumah kami di Johor Bahru..Aku kalau "bestfriend" ini datang memang senggugut dan tidak akan berada dalam keadaan yang terbaik untuk membuat sebarang aktiviti..

Setelah dua bulan perkahwinan kami,aku disahkan hamil..Memandangkan banyak cuti telah diambil untuk urusan perkahwinan maka cuti yang ada dimanfaatkan untuk pemeriksaan bulanan ibu hamil setiap bulan..Bersalin juga memerlukan bajet yang banyak dari segi membeli kelengkapan bayi dan untuk ibu berpantang..

Peluang yang datang jangan disia-siakan walaupun bulan madu kami akan disertai anak kami..Destinasi bulan madu yang suami aku pilih ialah di Pantai Puteri Melaka..Apa yang menarik penginapan yang berdepan dengan pemandangan pantai membuatkan suasana sungguh cantik dan romantis..

Isnin, 17 September 2012

Ibu Muda Tergamak Mencampak Bayi Dari Tingkat 3..=(

Kenapalah masih lagi terjadi perbuatan kejam sebegini?Sayu hati melihat bayi kecil tak berdosa diperlakukan sebegini rupa oleh ibunya sendiri..Semoga Allah mengampuni dosa anda wahai ibu durjana dan semoga anak yang anda bunuh itu masih sudi menunggu anda untuk masuk ke syurga kelak..=(

Tempat mayat bayi yang dicampak ibunya ditemui..=(