Welcome Blog


Sabtu, 25 Januari 2014

Jenis-Jenis Posisi Penyusuan

Secara amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung, kepala, tengkuk dan badan bayi perlu berada dalam keadaan selari. Mukanya pula perlu menghadap payudara. Hidung pula perlu bertentangan dengan puting payudara anda.

Ketahui juga bahawa bayi perlu rapat dengan anda, perutnya bertemu dengan perut anda. Antara lain, kepala, bahu dan punggung bayi perlu diampu dengan sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.


Cradle Hold

Posisi dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ramai yang beranggapan, posisi ini adalah cara paling alami bagi seseorang ibu untuk memegang bayi ketika menyusu.

Ia sememangnya sangat selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh yang demikian, anda tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.

Dalam mengaplikasikan posisi klasik ini, apa yang perlu anda ketahui ialah kepala bayi perlu berada dalam keadaan seperti berehat di dalam dakapan anda. Dalam masa yang sama, sokong bahagian belakang badan dan punggung bayi. Lengannya pula perlu berada di bahagian sisi.

Cross Cradle Hold

Posisi ini hampir sama seperti posisi cradle hold. Dengan menggunakan posisi ini, bayi akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi menyusu di payudara kiri, bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda. Tapak tangan anda pula akan mengampu kepala bayi. Selain daripada itu, badan bayi boleh juga disokong dengan menggunakan bantal menyusu.

Anda perlu berada dalam posisi tegak. Jangan membongkok kerana ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa ketika menyusukan bayi. Malah hal yang sama boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang. Sementara itu, ketahuilah posisi ini amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payudara yang agak besar.

Football Hold

Posisi seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu anda memerlukan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payudara.

Untuk makluman, teknik ini sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan bayi secara czer. Hal ini kerana posisi ini dapat membantu anda mengelakkan bahagian perut daripada menerima tekanan berat badan bayi.

Selain itu, posisi ini juga sesuai untuk anda yang memilikki payudara besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi bayi bersaiz kecil. Malah anda yang mempunyai anak kembar juga boleh mengaplikasikan posisi ini untuk menyusukan mereka pada waktu yang serentak.

Lying Down

Posisi menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi berasa letih. Ia amat selesa. Malah, jika anda baru melahirkan bayi secara czer, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannya dengan menyokong kepala bayi dengan lengan ketika anda berbaring.

Tandem

Lazimnya, posisi-posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika masih mempunyai anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil pada waktu yang sama.

Sumber artikel daripada http://bidanbersalin.blogspot.com

Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Penyusuan Susu Ibu

Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.


Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.



Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).


Alkohol 

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.


Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.





5 Tips Kekalkan Kesihatan Ke Usia Emas Cara Tun Dr.Mahathir..=)


Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang b
etul.Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wain merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. 

Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Rasulullah S.A.W “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil tetapi juga kualiti makanan yang masuk ke dalam mulut anda.

Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr.Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlet sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat, tidak mengguna rokok, terutama rokok dan arak, kita boleh sedikit sebanyak mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik..Yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah..Kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

Tun Dr.Mahathir mengekalkan kesihatannya dengan mengamalkan suplemen Shaklee dalam hidupnya..Anda bila lagi???

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
♥ Contact No : 010-8860786
♥ Email : milky_galaxie@yahoo.com

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Jumaat, 24 Januari 2014

Bagaimana Menyusukan Bayi?



1. Perhatikan tanda awal bayi lapar seperti mulut mencari sesuatu, menjilat bibir, menghisap jari. Tangisan adalah tanda lewat kelaparan.

2. Duduk atau baring dengan selesa, gunakan bantal untuk sokongan dan keselesaan jika perlu.

3. Rehatkan bahu dan bawa mulut bayi ke payudara, bukan payudara ke mulut bayi.

4. Pegang bayi dengan rapat, perut ke perut, hidung ke puting, dagu ke payudara dan anggota bawah bayi ke rapat ke badan ibu. Sokong leher dan bahu bayi dengan kemas tanpa menolak bahagian belakang kepala bayi kerana tindakan ini biasanya akan membuatkan bayi menolak payudara.

5. Ampu payudara dengan meletakkan 4 jari di bawah payudara, jauh dari kawasan areola (kawasan gelap) dan ibu jari di bahagian atas payudara. Memerah beberapa titik susu akan membangkitkan deria rasa dan bau bayi.

6. Biarkan dagu bayi di atas payudara, hidung ke puting sehingga mulutnya terbuka besar seperti sangap/ menguap dan bayi menggerakkan kepalanya sedikit ke belakang untuk memasukkan sebahagian besar payudara ke dalam mulutnya. Ibu juga boleh mengusik mulut bayi supaya bayi membuka mulutnya luas-luas.

7. Apabila bayi merasai puting dengan lidahnya, bibirnya akan menutupi sebahagian besar kawasan areola dan puting, kedua-dua bibir haruslah terjuih keluar. Anda boleh merasai bayi mula menghisap perlahan-lahan, 1-2 hisapan dan rehat.

8. Apabila bayi melepaskan payudara ataupun bayi berhenti menghisap, ibu boleh sedawakan bayi dan menawarkan payudara yang sebelah lagi.

9. Sekiranya ibu perlu melepaskan payudara dari mulut bayi, lakukannya dengan lembut, masukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi sehingga lekapan dilepaskan.

Kredit kepada http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com


RAHSIA KECANTIKAN SITI NURHALIZA..=)

Rahsia Cantik Sihat Seperti Dato' Siti Nurhaliza

1. Rehat Secukupnya
Dato' Siti Nurhaliza walaupun sibuk tetapi tetap mengutamakan waktu rehat.Tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.Tidur dan rehat yang mencukupi ini perlu untuk tubuh dan kulit kita berehat.Semasa tidur inilah waktu yang sesuai untuk kita pakai krim jerawat,vitamin dan kolagen.

2. Bersenam
Tidak perlu nak bercerita lagi pasal ini sebab semua orang tahu nak sihat kena rajin bersenam.Sebab melalui senamanlah badan kita mengeluarkan toksin dari peluh.


3. Amalkan pengambilan suplemen

Suplemen seperti vitamin dan kolagen amat diperlukan oleh tubuh.Kebanyakan vitamin seperti Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita begitu juga dengan kolagen.Semakin meningkat usia,tubuh kita tidak lagi berupaya menghasilkan kolagen menjadikan kulit kita semakin berkedut dan kendur.


4. Jaga kecantikan dalaman
Orang kata nak cantik luaran kena cantik dalaman dulu.Bagaimana???Mudah saja iaitu jaga dulu hati kita.Sembahyang jangan tinggal dan jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

Tips ini memang Dato' Siti Nurhaliza yang bagi semasa temubual bersama rancangan Nona TV3..
♥

Dato' Siti Nurh
aliza mengamalkan pengambilan suplemen untuk kelihatan cantik dan sihat..Shaklee mempunyai set untuk kecantikan dan kesihatan..Berminat???PM saya untuk harga terbaik di pasaran..♥

✿
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
✿
PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
♥ Contact No : 010-8860786
♥ Email : milky_galaxie@yahoo.com
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Khamis, 9 Januari 2014

Apakah Itu Kelahiran Overdue?



Di penghujung kehamilan, anda tentu ternanti-nanti saat kelahiran bayi. Namun, ada segelintirnya terpaksa menunggu lama untuk melalui saat itu kerana perlu bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin.

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) anda bagi memulakan proses sakit bersalin. 

Biasanya ia akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin anda melebihi 7 hari atau pun bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. 

Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebabkan:

✿ Proses bersalin menjadi sukar
Bayi yang melebihi tarikh jangkaan berrsalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.

✿ Uri tidak berfungsi
Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.

Faktor Sebabkan Overdue
✿ Sejarah keluarga
Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).

✿ Saiz kepala
Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

✿ Tiada kontraksi
Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

Keperluan Induce
Induce dilakukan kerana kebanyakan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

Kredit kepada http://soalandanjawapan.wordpress.com


Selasa, 7 Januari 2014

10 TANDA KEGUGURAN..=(

(1) Sakit
Anda mungkin mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran.

(2) Pendarahan
Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala. Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.

(3) Kehilangan tanda kehamilan

Jika badan anda terasa kembali kepada normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil, keletihan, sakit belakang telah hilang. Ia kemungkinan tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.

(4) Ketiadaan denyutan jantung bayi
Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan. Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang.

(5) Tiada pergerakan janin
Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur, kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam. Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam. Jumpalah doktor anda sekiranya anda tidak boleh merasa atau kurang pergerakan bayi. Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke-18 dan minggu ke 24.

(6) Sakit belakang
Kadang-kadang, ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan. Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran.

(7) Ujian positif kemudian bertukar kepada negatif
Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut dimana hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua, ia bukan sahaja menjadi tanda keguguran, ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim, ektopik.

(8) Lelehan faraj
Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj, kemungkinan besar keguguran sudah terjadi.

(9) Serviks terbuka
Dalam kehamilan yang sihat dan normal, serviks biasanya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. Jika serviks anda buka dalam tempoh beberapa mingu pertama kehamilan, risiko keguguran adalah agak tinggi.

(10) Paras hormon hCG jatuh
Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan. Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran adalah sangat tinggi.

Shaklee ada menyediakan set untuk ibu yang keguguran berpantang..Set yang dicadangkan ialah SET KEGUGURAN SHAKLEE..
♥


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ ID No : 869288 
♥ Contact No : 010-8860786
♥ Email : milky_galaxie@yahoo.com
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿