Welcome Blog


Isnin, 16 Julai 2012

30 Perkara Romantik Yang Harus Dilakukan

Benarkah apabila sudah berkahwin kita perlu menghentikan perkara-perkara romantik yang ingin dilakukan kerana merasakan tidak sesuai dan membuang masa bagi sesetengah orang..

Pada pendapat aku semakin lama usia sesuatu pekahwinan itu,semakin keraplah perkara-perkara romantik harus dilakukan untuk menghangatkan lagi perkahwinan tersebut..

Bagi mereka yang sudah berkahwin dan merasakan perlu ada suntikan baru untuk perkahwinan mereka supaya tidak jemu,mari kita lakukan perkara-perkara romantik berikut..=)



  • Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama
  • Berjalan menyusuri pantai di tengah malam
  • Berjalan berpegangan tangan
  • Berduaan berjalan di tengah hujan
  • Bunga ros dijadikan sebagai simbol cinta kamu dan dia
  • Menulis puisi cinta buat si dia
  • Menyanyikan lagu cinta untuk si dia
  • Saling bertukar hadiah, bunga, coklat setiap hari ulangtahun atau hari jadinya

  • Katakan padanya si dia adalah suami atau isteri yang kamu impi-impikan
  • Sentiasa meluangkan waktu bersama
  • Dengan penuh mesra,angkat dagunya,pandang matanya dan katakan kamu mencintainya
  • Letakkan sekeping nota tanpa dia sedari
  • Berkongsi impian dengan si dia
  • Jadi menantu yang baik untuk orang tuanya
  • Kenal pasti wangian kesukaannya dan pakai apabila bersama

  • Belikan sepasang cincin istimewa tanda cinta kamu dan dia
  • Makan malam bersama dalam suasana yang penuh romantik
  • Pegang tangannya,pandang tepat pada matanya,cium tangannya dan letakkan di hatimu
  • Menari bersama-sama
  • Pinjamkan bahumu setiap kali si dia dalam kesedihan
  • Satu hari cuba kamu hubunginya dan katakan kamu terlalu merinduinya
  • Keluar dengan teman-temannya
  • Bawa si dia menonton filem kegemarannya

  • Pelukan penawar kesedihan paling mujarab
  • Sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah mengulangi kesilapan yang sama dua kali
  • Sentiasa memberitahunya perasaan kamu ketika dia di sisimu
  • Sanggup berkorban apa jua demi melihat si dia sentiasa tersenyum
  • Belajar meluahkan kata-kata indah dalam bahasa lain dan tujukan pada si dia
  • Sentiasa melindungi si dia andai ada yang cuba bersikap kasar
  • Tidak pernah lupa untuk memberikan kucupan selamat malam atau ucapan sweet dreams

Perkara-perkara romantik sebegini jika sekali sekala dilakukan akan menambahkan kebahagiaan kepada suami isteri..Siapa kata perkahwinan penamat kisah cinta?Sebenarnya,perkahwinanlah permulaan kisah cinta selamanya..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan