Welcome Blog


Khamis, 12 Julai 2012

Dayus Seorang Lelaki

Perkataan dayus ini selalu kita dengar apabila berlaku sesuatu antara suami isteri terutamanya apabila suami enggan menceraikan isterinya..Ada juga yang menggunakan istilah ini kepada lelaki yang belum berkahwin atau mempunyai anak..

Allah S.W.T berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang mengolok-olok dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olok wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang diperolok-olokkan lebih baik dari wanita yang mengolok-olok dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.."

Surah Al-Hujurat Ayat 11

Bukan sewenang-wenangnya kita boleh memanggil seseorang lelaki itu dayus..Kita berlaku zalim jika meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan walaupun seseorang itu terbukti dayus, bukanlah hak kita untuk memanggil seseorang itu dengan gelaran tersebut..

Pernah diriwayatkan dalam hadis, soalan dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Rasulullah S.A.W :

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W: Iaitu seseorang lelaki yang membiarkan kejahatan zina, membuka aurat, bergaul bebas dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)..

Rasulullah S.A.W bersabda :

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث

Ertinya: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus..

Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278

Berdoalah semoga ahli keluarga lelaki kita tidak termasuk dalam golongan dayus.. 
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya atau anak perempuannya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya atau anak perempuannya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki siapa dan apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuannya dan isterinya memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan lain-lain sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram. Sekarang ini untuk warga emas pun sudah ada rancangan hiburan jadi membenarkan isterinya memasuki rancangan hiburan juga menjadikan suami itu dayus.

8) Membiarkan isterinya atau anak perempuannya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain.Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri atau anak perempuannya bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri atau anak perempuannya disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri atau anak perempuannya pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri atau anak perempuannya kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Sumber daripada http://www.ustazazhar.net


Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anak perempuannya secara terbuka dan diketahui olehnya..Adapun jika berlaku secara sulit, suami atau bapa tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada diri mereka..Jika anak perempuannya belum berkahwin,dayus itu disabitkan ke atas bapanya.. Jika sudah berkahwin, dayus itu akan disabitkan kepada suaminya..

Mungkin kita akan berkata dalam hati : “Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku..”

Lebih penting adalah lelaki-lelaki melihat, adakah diri sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi..Awas wahai lelaki beriman, jangan anda termasuk dalam golongan itu dan janganlah pula kita memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T. Sayangilah diri kita dan keluarga kita..Jagalah diri kita dan keluarga kita daripada seksaan api neraka..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan