Welcome Blog


Selasa, 31 Julai 2012

Undang-Undang Ciptaan Manusia Paling Kejam!!!

IBU LAHIRKAN BAYI KEMBAR TUJUH KERAJAAN CHINA MAHU BUNUH 6 BAYI LAIN HANYA SEORANG DIBENARKAN HIDUP!!!

Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun telah melahirkan bayi kembar tujuh di China.Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak.

“Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua.Dia adalah bayi paling berat dan oleh sebab itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak dapat menjaga kami ketika tua ini.”

“Sudah tentu kami tidak menginginkan untuk membesarkan walau seorangpun dari dua bayi perempuan yang lahir,” suami Jinan menambahkan. “Untuk hal ini kami sudah yakin.”

Enam bayi lain yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai dengan ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China.

Sejak peraturan ‘Satu Keluarga Satu Anak’ dikuatkuasakan pada tahun 1983,pemerintah China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, di mana ia dilarang dengan pesalah akan dikenakan hukuman mati di China.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggungjawab ini.” Ujar Jinan.

Sumber daripada Facebook Kaki Injen No 1

Salah satu undang-undang yang kejam kepada bayi..Aku faham kerajaan China ingin mengawal populasi tapi kenapa membuat dasar tanpa penyelesaian yang lebih baik dari membunuh?Ikutkan hati ini macam nak saja hantar email kepada pembuat peraturan ‘Satu Keluarga Satu Anak’ ini..

Cara paling selamat untuk mengawal kelahiran anak selepas kelahiran anak pertama,terus lakukan pembedahan vasektomi iaitu pembedahan mengikat saluran mani lelaki untuk suami dan pembedahan mengikat saluran peranakan atau tiub fallopian untuk isteri..

Untuk kes kembar ini,aku tak dapat nak beri cadangan melainkan lebih baik kalau sudah tahu mengandung kembar,gugurkan saja dari melahirkan nampak bayi itu hidup dan perlu dipilih untuk dibunuh..Memang kejam untuk menggugurkan bayi tetapi lebih kejam dari melihat mereka dibunuh setelah mereka dilahirkan..

Ya Allah Ya Tuhanku..Kau rahmatilah bunga-bunga SyurgaMu yang telah lahir ke dunia tetapi tidak diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan kerana satu peraturan ciptaan manusia yang tidak berperikemanusiaan..Semoga roh-roh bayi yang telah meninggal dunia kerana peraturan kejam ini tenang di SyurgaMu..Amin..

1 ulasan:

  1. Apa nak takut kalau bayi tu lahir pon sbb yg beri makan kan Allah. Apa la sempit beno pemikiran orang cina ni.

    BalasPadam