Welcome Blog


Ahad, 8 Julai 2012

Bulan Julai Yang Bermakna..Part I..=)

Setiap tahun bulan Julai adalah bulan yang aku nantikan..Ia amat bermakna kerana ia adalah bulan aku dilahirkan..Bila berkenalan dengan suami aku,kami rupanya berkongsi hari lahir di bulan yang sama..Suamiku dilahirkan pada 9 Julai dan aku dilahirkan pada 19 Julai..

Walaupun 2 tahun perbezaan waktu kami dilahirkan,hari Selasa adalah hari kami dilahirkan..Kami juga berzodiak yang sama iaitu zodiak Cancer..Bulan Islam kami dilahirkan juga bulan yang sama iaitu bulan Syawal..

Satu kebetulan lagi,arwah mak dan abah aku serta mak dan ayah mertua aku juga lahir pada bulan yang sama..Arwah mak aku lahir pada 1 September manakala mak mertua aku lahir pada 8 September..Abah aku lahir pada 16 Oktober manakala ayah mertua aku lahir pada 8 Oktober..Tahun saja yang berbeza..

Suami aku anak bongsu daripada lima adik beradik dan aku anak kelima dari tujuh adik beradik..Persamaan ini walaupun satu kebetulan mungkin itu yang membuatkan kami serasi dan mudah mesra walaupun pertama kali berbual..

Tahun ini umat Islam akan mula berpuasa pada 20 Julai..Nasib baik sempat untuk meraikan ulangtahun kelahiran ku tahun ini..Setiap tahun,aku dan suami akan membeli kad ucapan dan hadiah.. Kami akan memilih kad ucapan dan akan membayar sendiri tanpa kami melihat kad ucapan yang kami pilih walaupun di tempat yang sama..Masih lagi dalam mood bercinta..Harap dapat dikekalkan sampai bila-bila..=)


Tahun ini aku sengaja memilih tema teddy bear..Dari kad ucapan,
hadiah iringan dan sampul hadiah.. Hadiahnya saja rahsia..Sambut sehari awal sebab suamiku bekerja pada hari jadinya..Siangnya kami makan di Kenny Rogers..Dapatlah suami makan sepotong kek cheese..

Menikmati cheese kek kegemarannya..=)

Happy dengan abah..=)

Happy dengan ma..=)

 Madiihah teruja sungguh bila tiba masa untuk tangkap gambar..Madiihah sudah mula aku berikan makanan..Nasib baik ada hidangan sampingan untuk Madiihah makan..Kalau tak,susah juga nak cari makanan tengah berjalan-jalan..Madiihah makan kentang lecek tapi aku asingkan kuah kentang lecek ini sebab walaupun kurang garam tetapi tetap banyak bagi seorang baby..

Kenyanglah juga Madiihah makan..Dapat juga merasa abah belanja..Hehe..Kek pun aku tak beli tahun ini..Aku pula memang tak berapa suka makan kek..Kami gantikan dengan Domino Pizza..Bukan satu tapi tiga..Puaslah makan walaupun tak dapat habiskan semuanya..Simpan baki pizza dalam peti,esok boleh panaskan dan makan lagi..


Pizza Meat Mania..

Pizza Chicken Classic

Pizza Aloha Chicken

Selamat hari lahir sayangku..Semoga Allah memanjangkan umur sayang dengan keberkatan dan dimurahkan rezeki yang halal untuk kita sekeluarga..Ma dan Madiihah sayang abah..=)

2 ulasan:

  1. Semoga kekal bahagia sampai bila2. Amin

    BalasPadam
  2. Tqvm atas doa..InsyaAllah,semoga Allah mengekalkan kebahagiaan ini selamanya..=)

    BalasPadam