Lazimnya bayi yang baru lahir pasti akan dibedung. Ia salah satu teknik membungkus bayi menggunakan kain yang lebar dan agak luas.
Nyenyaknya tidur bila dibedung..=) |
Di sebabkan Madiihah seminggu berada di hospital dan kebanyakkan masanya Madiihah tidak dibedung,bila balik ke rumah,memanglah susah untuk membedung Madiihah..Sekuat-kuat bedung pun akan terkeluar kaki dan tangannya..Memberontak Madiihah tiap kali dibedung..
Akhirnya,memang Madiihah tidak berbedung dari usianya seminggu lebih sampai sekarang..Memang keraplah Madiihah terjaga sebab terkejut tapi dari Madiihah menangis sebab dibedung lebih baik Madiihah tidak dibedung..
Ini antara kebaikan membedung bayi
Ini antara kebaikan membedung bayi
- Bayi yang dibedung akan tidur lebih lena kerana mereka tidak cepat terkejut apabila terdengar sesuatu benda terjatuh dengan kuat.
- Membantu agar bayi rasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa tenang seperti berada di dalam kandungan ibunya.
- Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.
- Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas.Keadaan ini biasanya terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya.
- Bayi lebih berdisiplin kerana waktu tidur yang teratur dan bangun apabila tiba waktu menyusu.
- Anda dapat merehatkan badan kerana berpantang sebenarnya amat meletihkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti bertungku, berurut, bertangas dengan pergerakan anda yang lebih terbatas.
Ini pula keburukan membedung bayi
- Dari segi pembangunan otak dan sistem sarafnya melembapkan pembangunan otak di tahap satu.
- Bayi akan lambat menggunakan tangan dan kakinya.
- Bayi akan lambat membuka genggaman jarinya.
- Bayi akan lambat merasa sentuhan yang tepat, jelas dan tidak mengelirukan.
- Bayi bertambah meragam kerana sudah mula berasa tidak selesa apabila dibedung.
Membedung bayi sememangnya amat disarankan pada bayi yang baru lahir kerana ia bagaikan pelukan hangat seperti semasa masih berada dalam rahim ibu. Membedung akan membuatkan bayi berasa tenang dan selesa selain memudahkan ia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya setelah dilahirkan.
Selain itu, perhatikan juga perkara berikut apabila mahu membedung bayi.
- Cuaca yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dibedung kerana tubuhnya terasa bahang dan tidak mendapat udara. Jika begini, sebaiknya jangan bedung bayi dahulu sehingga cuaca panas mula berkurangan.
- Perhatikan keinginan bayi. Sesetengah bayi tidak suka dibedung malah banyak meragam apabila dibedung. Jika bayi lebih tenang dan selesa tidak dibedung, tidak perlulah anda membedungnya.
- Jika membedung bayi, anda harus peka dengan lampinnya sama ada lampin pakai buang atau lampin basahan. Bayi yang baru lahir kerap membuang air. Lampin yang basah akan mengganggu keselesaannya.
- Berhati-hati dan sentiasa perhatikan bayi anda. Adakalanya kerana pergerakan bayi, kain bedung mungkin boleh menutupi wajahnya atau terkena pada wajahnya yang membuat bayi berasa tidak selesa ataupun mungkin boleh menyebabkan kelemasan.
Antara cara membedung baby..=) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan