Ketepikan Walker..Biarkan Anak meniarap..
Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak..Walker Madiihah yang sebenar..=) |
Dua hiasan di depan dibuka untuk keselamatan..=) |
Firman Allah S.W.T :
"Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan
anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan),
serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu.."
Surah Al-Infithar. Ayat 7 hingga 8
Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah..Penggunaan walker boleh memudaratkan anak..
Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yang tidak diingin seperti terjatuh dari walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yang sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak..
Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera..Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dari dalam.Apa yang lebih penting ialah sekiranya anak diletak di dalam walker,anak tidak berpeluang untuk menjulur dan merangkak..
Hakikat inilah yang perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. InsyaAllah anak akan cepat menjulur dan merangkak..
Ini memberikan dia peluang untuk berkembang dari segi fizikal dan intelektual..Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak..Antara kebaikannya adalah :
- Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak dari tahap 1 ke tahap 3 dan tahap 3.
- Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper).
- Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya.
- Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya
- Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan.
- Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya.
- Membolehkan dia bergerak dengan tujuan meneroka.
- Mencegah segala masalah yang boleh berlaku jika anak ditelentangkan.
- Memperkuatkan asas bagi dia cepat berdiri dan menyusur.
- Meningkatkan asas bagi anak memperoleh pertuturan yang baik.
Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa untuk mereka meneroka..Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu..Ibu-ibu mulalah lepas tangan dengan pekerjaan sehingga anak berkemungkinan terjatuh dari walker..
Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Itulah persoalan yang ibu-ibu perlu jawab berdasarkan artikel ini..
Sumber artikel daripada Dato' Dr.Noor Laily Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Nury
Corak-corak di depan itu berbunyi bila ditekan..=) |
Buat masa ini,aku hanya gunakan walker jika Madiihah hendak disuapkan makanan,Madiihah bosan meniarap atau dipegang dan sewaktu menunggu abahnya pulang dari tempat kerja..Pintu rumah sahaja yang aku buka..
Pagar rumah tetap berkunci kerana rumah aku ini di tingkat 4..Amatlah berbahaya dengan kelajuan Madiihah yang sangat teruja kalau berada di dalam walkernya jika dibiarkan tidak berkunci..Aku juga tidak pernah menjadikan walker sebagai alasan untuk tidak memerhatikan dirinya..
Boleh dibuka untuk dijadikan tempat suap Madiihah makan..=) |
Semasa mengandungkan Madiihah lagi,aku telah berbincang dengan suami aku untuk tidak menghias rumah dengan pasu atau bunga-bunga kerana memikirkan Madiihah yang akan membesar dan rasanya akan membahayakan dirinya..Lagi bagus biarkan lebih banyak ruang yang kosong untuk Madiihah meneroka tanpa halangan..
Gambar-gambar walker baby di atas itu bukan hendak menunjuk cantiknya walker Madiihah..Inipun dibeli setelah dibandingkan dengan harga walker lain yang jauh lebih mahal..Sama mahal dan ada yang lebih mahal daripada harga stroller baby..Pada pendapat aku,semahal manapun harga walker baby itu hanya sekejap saja akan digunakan..
Aku bukan nak tegakkan benang yang basah tetapi setiap benda itu ada kebaikan dan keburukannya termasuklah di dalam penggunaan walker baby ini..Terpulang kepada kita untuk seimbangkan keduanya agar lebih banyak kebaikan diperolehi daripada keburukan..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan