Welcome Blog


Selasa, 3 Julai 2012

Apabila nikmat ditarik sementara..=(

Sudah masuk hari ketiga alergi jari tengah tangan aku ini..Bermula dengan gatal,air bisa pecah dan merebak..Aku sudah menyapu ubat yang biasa aku gunakan apabila terjadi begini tapi kali ini bukan makin baik tapi makin teruk..

Siap bernanah lagi..Kesakitan di jariku menyebabkan aku demam dan sakit tekak..Bertimpa-timpa sakit yang datang..Nasib baiklah aku dah bercuti panjang..Kalau tak,susah juga nak bekerja dengan keadaan jariku yang sakit..

Punya nak elak dari pergi klinik kena juga pergi..Sampai saja klinik,terus doktor suruh cuci bila aku tunjuk jari aku yang sakit itu..Sakit kena cuci ini macam luka kena letak garam..Cecair apa yang doktor ini pakai pun tak tahu..

Hampir 5 minit juga aktiviti mencuci ini berlaku dan ia terasa amat panjang bagi aku..Sudah lama tak rasa kesakitan macam ini selepas sakit  bersalinkan Madiihah..Tahan saja sampai terketar-ketar tangan bila cecair itu disapu ke jariku..=( 


Selepas dicuci..Sangat sakit..=(



Berbungkus jariku..=(
Selesai aktiviti mencuci dilakukan,aku diberi konsultansi tentang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak..Boleh makan ikan sahaja itupun ikan laut buat sementara ini..Memang susahlah nampaknya..Selama beberapa hari ini,aku tidak dibenarkan melakukan aktiviti yang akan membasahkan jari aku..Maksudnya,aku tak boleh membasuh pinggan,memasak dan sebagainya..

Kesian suamiku terpaksa mengambil alih tugasku menguruskan rumah sementara jari aku sembuh..Sebelum berjumpa doktor,aku buat juga kerja-kerja rumah walaupun aku tahu akan memberi kesan kepada jari aku tiap kali terkena air..

Waktu beginilah kita akan rasa sangat bersyukur bila suami sudi membantu kita..Terima kasih sayang..Harap cepatlah sembuh sakitku ini..Tak sanggup rasanya nak makan makanan yang dibeli setiap hari..Apapun,aku redha dengan sakit jari aku ini..Bila kita sakit,dianggap seperti kifarah dosa..Semoga terhapus dosa-dosaku dengan kesakitan ini..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan