- Menyalurkan maklumat jika ada bayi yang ingin diberikan
- Untuk memberi peluang kepada ibu atau bapa yang ingin memelihara anak angkat
- Tempat ibu-ibu mengandung menyerahkan bayinya kepada ibu bapa angkat
- Tempat berinteraksi secara langsung pihak yang ingin memberi dan menerima
- Mengelakkan bayi yang tidak berdosa dibuang di tempat yang tidak sepatutnya
Gambar cover untuk page Anak Angkat untuk dibela..=) |
Ingin saya tegaskan di sini, fungsi saya sebagai orang tengah sahaja dan perkhidmatan saya ini ikhlas kerana Allah dan tidak pernah menetapkan gaji ataupun menerima apa-apa pemberian daripada mana-mana pihak..
Jika terdapat syarat-syarat,ianya hanya diletakkan oleh ibu kepada bayi yang ingin diberikan..Biasanya berupa wang tunai, tempat perlindungan dan juga apa-apa jenis permintaan tetapi ada juga ibu yang tidak meletakkan apa-apa syarat.Kebiasaannya ibu-ibu yang terlanjur ini akan bersalin di hospital swasta kerana takut untuk ke hospital kerajaan..
Ingin saya tegaskan di sini yang saya amat kecewa dengan kata-kata yang mengatakan saya ingin menjual bayi dan sebagainya padahal kesengsaraan yang dihadapi adalah lebih teruk dari segi emosi dan maruah.. Memang tidak dapat kita membayar dengan duit..
Ibu-ibu ini adalah manusia seperti kita juga punya perasaan dan juga keperluan walaupun mereka telah melakukan kesilapan yang besar tetapi kita seharusnya membimbing,membantu dan bukannya tahu mengutuk sahaja..
Page Anak Angkat Untuk Di Bela boleh dihubungi melalui email aaudb@yahoo.com.. Bak kata admin page ini " Setiap anak itu berhak hidup..Hubungilah kami untuk dibantu.."
Alhamdulillah,masih ada lagi pihak yang sanggup melaksanakan fardhu kifayah ini..Saling bantu membantu tanpa mengira atau mengharapkan balasan..Semoga mereka yang terlanjur di luar sana,jangan jadikan alasan untuk membuang bayi anda di tempat yang tidak sepatutnya malahan terus membunuh bayi anda kerana masih ada yang sanggup menerima bayi anda di dunia ini..
Berilah bayi anda peluang untuk hidup walaupun bukan bersama anda..Jangan diperlakukan dengan kejam walaupun anda tidak menginginkan mereka..
Jangan pula yang membaca tulisan aku ini mengatakan yang aku ingin menggalakkan ibu-ibu yang terlanjur ini untuk terus melakukan kesalahan yang sama kerana mudah dengan adanya tempat untuk mereka memberikan bayi mereka jika berulang lagi benda yang sama..
Berilah mereka peluang untuk berubah..Kita bukan Tuhan untuk menghukum siapa baik,siapa jahat dan siapa betul,siapa salah..Setiap manusia selagi bernafas diberikan peluang untuk bertaubat walaupun seteruk manapun kejahatan yang mereka telah lakukan..
Aku berharap akan lebih banyak lagi bayi yang tidak berdosa akan diselamatkan dengan adanya page seperti page Anak Angkat untuk dibela ini..Kalau kita tak dapat membantu,janganlah pula kita mencemuh mereka yang berniat baik untuk membantu ini..
Untuk penjelasan lanjut tentang page Anak Angkat untuk dibela,sila klik pautan ini.. http://aaudb.blogspot.com/
Terima kasih Tuan punya Blog yang perihatin.. Semoga Allah merahmati kamu.
BalasPadamSama-sama..InsyaAllah..Semoga Allah merahmati kita semua..Amin..=)
Padam