Doktor memberikan Madiihah air garam dan krim sapu untuk bontotnya..Walaupun Madiihah cirit birit atau demam,Madiihah tetap ceria cuma sedikit manja daripada biasa..Layankan saja sebab tahu yang Madiihah di dalam kesakitan..
Air garam berperisa oren tetapi tetap tak sedap..=) |
Ubat untuk meredakan kemerahan dan kesakitan..=) |
Abah dan mak mertua aku cakap Madiihah tengah nak meringankan badan sebab itulah asyik berak..Tak lama lagi merangkaklah sebab Madihah telah mengangkat-angkat tinggi bontotnya..Satu lagi fasa dalam pembesaran Madiihah yang akan aku dan suami rindui..
Artikel berikut mungkin membantu ibu bapa yang berdepan dengan situasi seperti aku..Sedihkan apabila melihat anak kita kesakitan..Kita yang dewasa pun tak selesa kalau cirit birit jadi kalau anak anda manja daripada biasa,bersabarlah..=)
Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?
Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau susu formula.
Najis bayi menyusu badan yang bau lahir adalah kekuningan dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari. Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu.
Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental.
Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.
Apa yang menyebabkan cirit-birit?
Punca utama cirit-birit ialah virus yang
bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini
pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan
gastroenteritis satu infeksi usus.
Infeksi ini menjejaskan lapisan
dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan
membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.
Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi atau yang jarang berlaku kekurangan enzim tertentu.
Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi atau yang jarang berlaku kekurangan enzim tertentu.
Bolehkah ianya dicegah?
Kebersihan yang sempurna boleh membantu
mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme
yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut.
Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan
sabun anti-bakteria jika anda memegang lampin kotor atau selepas ke
tandas.
Bagaimanakah saya merawatnya?
Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum.
Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).
Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.
Bilakah saya harus memanggil doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda.
Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut:
• kulit atau bibir kering;
• lemah lesu;
• menangis tanpa air mata;
• ubun-ubun yang menurun;
• tangan dan kaki pucat;
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa.
Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda:
• tak mahu minum;
• demam lebih dari 24 jam;
• terdapat darah dalam najisnya;
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam;
• perutnya kembung buncit.
Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat.
Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit.
Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.
Sumber daripada www.babycenter.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan