Happy Birthday to me..Sudah 29 tahun umur aku tahun ini..Entry lepas cerita pasal celebrate birhtday suami aku..Kali ini sambut birthday aku pula..Madiihah pun dah berusia 6 bulan semasa hari lahirku..
|
Kad ucapan dan hadiah dari suami tersayang..=) |
Semua yang aku hajatkan nampaknya semuanya sudah tercapai..Berkahwin, mempunyai anak dan mempunyai kerja yang tetap..Bagi aku,itu sudah membahagiakan aku..Menjalani kehidupan bersama dengan orang-orang yang aku sayangi..
Sebelum makan di restoran steambot,suamiku membawa aku makan kek di Secret Recipe..Ambil potongan kek saja sebab aku tak suka makan kek kalau banyak sangat dan membazir kalau beli sebiji kek..Aku makan 1 jenis kek dan 1 jenis brownies..Kongsi makan bersama suami..Itu pun sudah penuh perut..
|
Pecan Butterscotch..So creamy..=) |
|
American Brownies..So chocolatey taste..=) |
Suamiku membawa aku dan Madiihah meraikan hari jadiku di restoran steambot..Misi makan banyak kali ini..Nasib baik ada disediakan tempat solat dan tandas untuk kemudahan pelanggannya..Sesuailah untuk mereka yang ingin lama-lama makan..
Nafsu saja yang besar tapi bila sudah mula makan,kenyang jadinya..Tak sampai sejam pun kami makan sebab Madiihah pun bagi isyarat hendak menyusu..Memang puas hati makan cuma tempat yang kami makan itu ramai sangat orang jadi tak berapa selesa nak makan..
|
Happy bersama abah lagi..=) |
|
Happy bersama Ma lagi..=) |
Happy dapat raikan birthday kali ini bersama suami dan anak..Sekejap saja rasa masa berlalu..Semoga Allah memanjangkan usiaku dan orang yang aku sayangi..Amin..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan