Welcome Blog


Rabu, 4 Julai 2012

Hukum Mengaibkan Orang..=)

Zaman sekarang ini janganlah cepat sangat menghukum orang hanya dengan melihat luarannya..Tengok sajalah di laman sosial..Gambar empunya profail tu sikit punya sopan,muka pun habis baiklah tapi dalam wall macam-macam ayat kesat keluar..

Kadang-kadang di wall orang lain pun terkeluar ayat-ayat kesat..Tak kiralah lelaki atau wanita tetapi bila wanita buat benda macam ini,lagilah sepuluh kali ganda teruk..Aku pernah ada pengalaman kena kata-kata kesat ini walaupun hanya di laman sosial..Yang penting aku tak membalas kerana buat apa nak memalukan diri sedangkan ada medium yang lebih baik dari saling maki memaki untuk tatapan orang ramai..

Memang dah jadi ikutan agaknya zaman sekarang semua benda nak kena tulis untuk tatapan orang ramai..Mungkin satu kepuasan untuk orang memaki hamun orang lain dan mahu satu dunia tahu..Bagi aku,itu bukan cara yang baik..Menunjukkan kebodohan diri sendiri bila berbuat begitu..

Memalukan diri bila ini terjadi dan kadang-kadang yang memaki hamun ini adalah dari golongan yang terpelajar..Bukan semua bersikap macam ini tapi sebab segelintir semua orang terpelajar nampak lebih teruk dari orang yang tak bersekolah..

Ada juga yang cuba menaikkan kemarahanku dengan ayat-ayat provokasi tetapi aku tak pernah membalas dengan kata-kata kesat..Memang rasa marah apabila dimarah dengan kata-kata yang menjatuhkan air muka dan maruahku tetapi aku tetap bertenang..

Menahan Marah

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Rasulullah s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Riwayat Al-Bukhari

Huraian:
  • Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya..
  • Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat..
  • Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela..
  • Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut.
  • Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam..Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya..
  • Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang..Janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik,bersopan dan sabar..
Sumber http://hadis.feryco.com 

Biasalah manusia mesti ada rasa tak puas hati atau tak pada seseorang atau sesuatu..Biarlah keluargaku dan sahabatku yang menjawab bagi pihak diriku kerana mereka lebih mengetahui tentang diriku berbanding mereka yang hanya mengenalku melalui cerita orang lain atau laman sosialku..

Walaupun seorang muslim itu dibatasi oleh perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, sebenarnya masih banyak perkara yang dibenarkan dan sedikit sahaja yang dilarang..Satu daripada perkara yang dilarang itu ialah membuka aib diri dan aib orang lain. Membuka aib diri itu mungkin tidak begitu menimbulkan masalah kerana orang yang waras biasanya mengunci rapat keaiban dirinya sendiri..

Hukum Mengaibkan Orang

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat..”

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi


Huraian:
  • Memerli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah..
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong..
  • Justeru, apabila mendengar celaan kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah..
  • Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak..
Namun, apa yang sedang membarah dalam masyarakat kita kini ialah sikap yang suka mengaibkan orang lain..Dalam kata lain suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan dan tanpa pengetahuan orang yang diaibkan..

Semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum..Alangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa..Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kita sendiri..

Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali..Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malahan sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak.."


Malangnya, ramai orang Islam yang lebih suka tidak melakukan apa yang dianjurkan oleh hadis ini. .Mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain secara lisan mahupun tulisan..Menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu mahupun menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut..

Dalam kehidupan seorang muslim, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh dilakukan..Jika sikap dan tingkah laku umat Islam sama sahaja dengan orang bukan Islam maka apalagi yang membezakan kita dengan mereka?Peringatan untuk diriku sendiri dan orang yang lain yang mahu berfikir..=)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan