Welcome Blog


Jumaat, 22 Jun 2012

Boboy ke Gegirl???

Bila mengandung saja,antara soalan favourite yang akan ditanya
  • Dah berapa bulan mengandung?
  • Dah scan ke belum?
  • Lelaki ke perempuan?
Kita pun akan menjawab soalan tersebut dengan pasti cuma soalan ketiga tu yang kadang-kadang tak berapa pasti..Sesetengah ibu bapa dapat melihat jantina baby yang bakal dilahirkan itu dengan sekali scan sahaja dan ada sesetengah ibu bapa yang tidak dapat melihat jantina baby mereka sehinggalah dilahirkan..Ada juga yang memang nak buat kejutan tanpa mahu mengetahui jantina baby mereka..

Aku tergolong dalam ibu bapa yang tidak dapat melihat jantina baby mereka setelah beberapa kali scan hinggalah lahir baru tahu baby aku itu perempuan..Semua posisi masa scan tu,baby aku taknak tunjuk..Tak kisah pun lelaki atau perempuan..Yang penting setiap kali scan,baby aku aktif,sihat dan perkembangannya mengikut yang sepatutnya setiap bulan..=)

Info dari Majalah Pa&Ma

Soal zuriat dan jantina anak bukan menjadi urusan kita namun sebagai manusia kita boleh merancang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini..Menurut Ustaz Mohd Ali Tuah, Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Allah S.W.T sudah menentukan jantina setiap anak sejak di luh mahfuz lagi..


"Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, malaikat akan datang menulis rezeki, jantina, ajal, maut, jodoh, hidup bahagia atau tidak setiap hambanya mengikut ilmu Allah..Bagaimanapun ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua..” terangnya sambil menegaskan segala urusan kehidupan manusia sudah ditentukan dari A hingga Z sejak azali lagi..


Dalam soal merancang jantina anak, Ustaz Mohd Ali menegaskan sebarang rawatan menggunakan teknologi sains perubatan boleh dilakukan asalkan ia ada alasan yang mendesak (darurat) dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam..


Menurutnya lagi, sebagai manusia kita digalakkan berusaha, berikhtiar dan berdoa jika mahukan sesuatu.. Usaha berdoa terbahagi kepada dua iaitu doa qauliyyah (melalui perkataan) dan doa fi’liyyah (melalui perbuatan seperti pemakanan, pengambilan ubat atau herba dalam soal merancang jantina anak)..


“Jika pasangan sudah memiliki ramai anak perempuan dan mahukan anak lelaki maka berusaha dan berdoalah pada Allah agar dikurniakan anak lelaki pula..Jika Allah perkenankan doa tersebut maka makbullah permintaannya.."

Hasil dari sumber-sumber pembacaanku, berikut adalah kaedah semulajadi cara untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan..Kita boleh berusaha tetapi Allah yang menentukan..Janganlah kecewa jika tidak mendapat anak lelaki atau anak perempuan..Sekurang-kurangnya,kita ada juga cahayamata..Sesetengah suami isteri lain masih lagi belum diberikan rezeki untuk memperoleh cahayamata..


1. Makanan

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus makan lebih banyak makanan beralkali. Manakala isteri pula makanlah lebih banyak makanan berasid. Jika mahu anak lelaki pula, suami perlu makan makanan berasid dan isteri pula makan makan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buahan, putih telur, susu dan banyak lagi. Makan berasid pula termasuk daging, makanan laut dan lain-lain.

2. Masa

Jika anda dan suami kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid, ia meningkatkan peluang untuk anda berdua mendapat anak perempuan. Tetapi jika anda berdua bersama selepas tempoh haid yakni hari ke 11 hingga ke 16, anda berupaya untuk memperolehi anak lelaki.

3. Kedalaman

Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam ke vagina anda jika mahukan anak perempuan. Namun, jika mahukan anak lelaki, lakukanlah perkara yang sebaliknya. Kromosom X (lelaki) diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y (perempuan) pula adalah sebaliknya. Atas sebab itulah, suami perlu memasukkan zakar lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapatkan anak lelaki.

4. Kemuncak

Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Hal ini kerana ketika isteri mengeluarkan cecair beralkali. Jika sebaliknya, di mana suami klimaks selepas isteri, anda mungkin boleh mendapat anak lelaki.

5. Persediaan Isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, anda boleh melakukan alternatif sendiri dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika mahukan anak perempuan. Namun, jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

6. Kedudukan

Keadaan suami yang berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim dapat membantu anda memiliki anak perempuan. Jika kedudukan anda dan suami bertentangan iaitu isteri di bawah dan suami di atas, ia membolehkan anda mendapat anak lelaki.

Kaedah ini bukan 100% akan berkesan..Sebab itulah selain dari berusaha,kita kena berdoa agar dikurniakan Allah jantina baby yang diingini..Apa yang Allah tentukan untuk kita ada kebaikan dan hikmahnya..InsyaAllah..=)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan