Welcome Blog


Jumaat, 22 Jun 2012

Tanda-tanda jantina anak yang dikandung..=)

Sudah beberapa kali scan dilakukan,setiap kali itulah anakku tidak berada di posisi yang membolehkan doktor untuk mengetahui jantinanya..Jenuh juga nak menjawab tiap kali orang bertanya tentang jantina anakku..

Disebabkan secara teknologi kami tidak mengetahui jantina anak kami yang bakal dilahirkan,aku cuba mencari artikel-artikel tentang tanda-tanda jantina anak yang dikandung..Tak semua tanda itu semestinya tepat untuk dipercayai tetapi hanya sekadar suka-suka untuk mengetahui..

Tanda Mengandung Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
Tanda Mengandung Bayi Perempuan

  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
* Ada sesetengah wanita hamil mengalami kedua-dua tanda..Dah jadi keliru pula jantina baby..Jadi,tak semestinya jika mengalami tanda yang disenaraikan di atas bermakna jantina baby mesti 100% seperti tanda yang disebut..Semuanya ketentuan Allah..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan