Welcome Blog


Ahad, 10 Jun 2012

Syawal di perantauan..=)

Sebulan sudah berlalu..Ramadhan yang penuh keberkatan telah meninggalkan kita..Semoga kita dapat lagi bertemu Ramadhan seterusnya..Ini tahun keempat aku beraya di perantauan kerana tidak dapat cuti Hari Raya..Selalunya beraya bersama kawan-kawan tapi tahun ini aku merayakannya dengan suami tersayang..

Disebabkan inlah kali pertama aku beraya bersama suami,aku begitu teruja untuk menyediakan juadah untuk Hari Raya..Kuih raya pun semuanya aku buat sendiri..Penat tu tak terasa kerana puas dapat menikmati hidangan dan kuih raya sendiri..

Balik sahaja dari kerja syif malam pukul 7 pagi,aku terus menyiapkan bahan-bahan untuk masakan..Hilang penat apabila melihat hasil masakan..Aku hanya merasa apabila masuk waktu untuk berbuka..Syukur cukup rasa semuanya..

Suamiku pula membantu mengemas rumah..Terasa suasana hari raya walaupun kami tidak menukar langsir baru atau sarung kusyen baru..Cukup dengan rumah yang bersih, kemas dan teratur..

Rendang Tok,rendang ayam,serunding ikan,kuah kacang dan sambal ikan bilis..=)

Almond London,Coklat Chip,Mazola..=)

Semua hidangan disiapkan sehari sebelum hari raya..Asyik memasak,apabila bangun pagi raya kehabisan gas..Nasib baik tinggal untuk masak nasi himpit saja..Tema baju raya tahun ini warna hijau..=)


Gambar ini diambil setelah penat beraya..Tak sempat nak touch up semula...=)
Raya pertama sebagai suami dan isteri..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan