Welcome Blog


Sabtu, 30 Jun 2012

Peringkat-peringkat Kelahiran..=)

Kelahiran dibahagikan kepada beberapa peringkat
  • Peringkat pertama bermula dengan bukaan serviks dari 1 cm  hingga 10 cm
  • Peringkat kedua ialah kelahiran bayi
  • Peringkat ketiga kelahiran uri dari rahim
Peringkat Pertama
Ini adalah peringkat yang paling lama. Disini bermula apabila anda mengalami kontraksi dan serviks anda membuka secara perlahan-lahan. Peringkat ini pula terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa laten dan fasa aktif.

Fasa laten ialah apabila serviks membuka di antara 1 cm hingga 3 cm dan selalunya mengambil masa 8 jam maksima.Kebanyakkan wanita tidak merasa terlalu sakit pada waktu ini kerana kontraksi tidaklah begitu kuat dan kerap lagi.

Fasa aktif pula ialah di mana kontraksi sudah mencapai tahap yang kuat dan serviks anda sudah pun membuka lebih dari 3 cm. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4 minit hingga 5 minit dan semakin lama untuk berhenti.

Anda boleh meminta ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit anda. Berbincanglah dengan doktor apa pilihan ada untuk mengurangkan sakit anda sama ada suntikan ubat opiod,sedutan gas Entonox ataupun suntikan epidural dan sebagainya.

  • Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan morfin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidote iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan.

  • Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

  • Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin, tetapi tidak digalakkan untuk ibu yang acap kali bersalin dan bukaan servik mencapai lapan sentimeter. Ini kerana tempoh bersalin sangat cepat dan faedah suntikan epidural kurang bermakna. Suntikan epidural mengurangkan kesakitan dan menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas.
Jangan cuba untuk meneran kerana ia tidak menolong anda mempercepatkan proses bersalin, sebaliknya ia boleh mengurangkan tenaga anda untuk proses meneran yang sebenarnya. Serviks selalunya membuka 1 cm setiap jam bagi anak sulung dan ia menjadi lebih cepat bagi kehamilan seterusnya.

 

Peringkat Kedua

Pada masa ini serviks sudahpun terbuka sebanyak 10 cm. Kontraksi sudah berada pada tahap maksima dan anda akan merasa kesakitan yang ketara. Bila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda akan merasai satu perasaan untuk meneran. Pada masa inilah anda digalakan untuk mempraktis teknik pernafasan yang diajar di kelas antental. Peringkat ini berakhir dengan kelahiran bayi selalunya berakhir kurang dari 1 jam.

 

Peringkat Ketiga

Anda dibenarkan memegang dan mencium bayi anda pada masa ini. Peringkat ini berakhir dengan pengeluaran uri yang lengkap. Ia selalunya berakhir kurang dari ½ jam.

 

Apa yang berlaku selepas bersalin?

Selepas bersalin, doktor selalunya akan memeriksa tekanan darah, denyutan nadi dan pengecutan rahim untuk memastikan semuanya normal. Untuk beberapa jam seterusnya, anda mungkin akan merasa sakit seperti senggugut dan kadang-kadang ia berlanjutan untuk beberapa hari.

Anda digalakan untuk memberikan susu badan kepada bayi. Bagi yang tidak mampu menyusukan, infant formula akan diberikan. Bayi akan diperiksa secara menyeluruh oleh pakar bayi dan sekiranya tiada masalah, anda dan bayi akan dibenarkan pulang keesokkan harinya.

Sumber www.alamhamil.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan