22 Januari 2012,aku dibenarkan pulang tetapi anakku ditahan di wad kerana ada masalah dengan pernafasannya.Bermulalah rutinku berpantang 44 hari.Mak mertua dan ayah mertuaku datang dari Selangor untuk menjaga aku ketika berpantang selama 2 minggu.
Aku yang mengambil keputusan untuk melahirkan anak di Johor kerana kalau aku balik kampungku di Perlis tiada sesiapa yang dapat menjaga aku kerana arwah makku telah meninggal pada tahun 1999.Jika berpantang di rumah mertua,aku tak sanggup nak berjauhan dengan suamiku.Syukur aku mengambil tindakan yang betul kerana aku lebih cepat sihat kerana berdekatan dengan suami.
2 minggu pertama aku tidak memakan sebarang jamu sebaliknya aku menggantikan dengan Set bersalin Shaklee.Ada 4 jenis vitamin yang aku makan sepanjang tempoh berpantang.Memang terasa kesannya kerana di samping faktor berdekatan dengan suamiku,khasiat-khasiat yang terkandung di dalam suplemen itu banyak membantu menyihatkan aku.
Inilah antara kebaikan setelah aku mengamalkan Set Bersalin Shaklee
- Boleh terus dimakan sebaik saja selepas bersalin
- Boleh terus dimakan walaupun bayi kena kuning, malah membantu mempercepat baik pulih demam kuning bayi melalui pembuangan najis bayi (dibantu oleh pengambilan alfalfa)
- Badan rasa lebih bertenaga walaupun tak cukup tidur dan letih selepas bersalin
- Luka jahitan cepat sembuh
- Yang penting, aku tidak langsung mengalami sembelit sepanjang aku berpantang
Memanglah tidak digalakkan minum air banyak ketika pantang tetapi bukanlah sampai sehari satu cawan saja air.Mana nak datangnya susu kalau sedikit saja air yang kita minum?Berpantang orang-orang dulu memang ada bagusnya tetapi tak semua itu perlu diikut.
Sepanjang berpantang,aku mengamalkan minum jus buah. Selalunya beli Peel Fresh Limau.Buah limau madu pun menjadi menu wajib bagi aku.Ini petua dari tukang urut yang mempunyai 13 orang anak bukan petua sendiri.Rahim cepat kecut kalau kita amalkan memakan limau ini semasa berpantang.
Makan pun aku cuba makan semua yang dimasak.Rasa sikit untuk lihat kesannya.Kalau tiada sebarang kesan kepada diri dan bayi,bolehlah makan ketika pantang.Ikut kesesuaian orang juga.
Setiap orang tidak sama dan jika anda berpantang bersalin anak sulung, anda harus mencuba makan makanan yang tidak boleh dimakan. Contohnya ada orang tidak boleh makan sayur sawi dan kubis semasa pantang sebab nanti bentan dan sejuk tetapi orang lain ada pula tidak apa-apa bila memakan sayur di ini.Macam aku pula,makan jambu batu untuk membanyakkan air susu.Syukur tak jadi apa-apa.Mungkin sebab niatku baik.Jadi,cubalah semua dan baru anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh bila berpantang anak kedua nanti.
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Di bawah ini ada senarai apa yang boleh makan apa yang tidak..=)
Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH
|
TIDAK BOLEH
| |
AYAM & DAGING
|
|
|
IKAN
Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
|
|
|
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu
Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman |
| |
SAYUR-SAYURAN /
Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu
Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh. |
|
|
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
|
|
|
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan |
|
|
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.
Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.
Air madu memanaskan badan.
|
|
|
Terpulang kepada anda untuk berpantang secara tradisional atau moden.Yang penting,badan kita kembali sihat dan kekal sihat hingga kita tua.Selamat berpantang.😃
Tiada ulasan:
Catat Ulasan