Assalamualaikum.
Namaku bermaksud cahaya kehidupan.Aishah bersempena nama arwah nenekku yang berketurunan cina siam.Lahir pada 19 Julai 1983 bersamaan 9 Syawal 1423H.
Merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik.Ada tiga orang abang,seorang kakak,seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.Kiranya aku lengkap merasa semua kasih sayang.
Hobiku bermain catur.Saat paling indah ketika menjadi Johan Bawah 15 Tahun Perempuan peringkat negeri Perlis dan pernah mewakili negeri Perlis dua tahun berturut-turut ke negeri Pahang Darul Makmur dan Selangor Darul Ehsan.Ironinya,aku menyambung pengajianku selepas SPM di Kolej Shahputra di negeri Pahang dan berkahwin dengan suamiku yang berasal dari Selangor.
Aku bermain catur peringkat kebangsaan di sekolah suamiku di Sekolah Menengah Sains Selangor tetapi ketika itu suamiku masih belum bersekolah di situ.Masih meneruskan minatku dalam catur mewakili tempat kerjaku dan menjadi johan berpasukan.Nak kata hebat sangat tak pun.Cuma kadang-kadang nasib menyebelahi.
Sekarang bertugas di salah satu tempat tersibuk di dunia.Bunyi macam hebatkan?Hehehe.Biasa-biasa saja sebenarnya.Sepanjang aku hidup,banyak jenis orang yang aku jumpa dan banyak pengalaman yang aku kutip.Sewaktu bekerja juga banyak menjadikan aku lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang.Semua ini menjadikan aku matang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Motif aku berblog antaranya untuk menyuarakan rasa hati tentang isu-isu semasa (bunyi macam wartawan).Lagi satu,salah satu cara untuk aku berkongsi pengalaman dan apa saja benda yang baik terutamanya tentang penjagaan bayi dan anak-anak.
Memang dah banyak blog pasal ini.Aku sekadar nak menambah lagi bilangan blogger dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dari sudut pandangan aku pula.Blogger-blogger yang sudah senior,sila beri tunjuk ajar ye.😃
Tiada ulasan:
Catat Ulasan