Welcome Blog


Ahad, 10 Jun 2012

Raya Di Perantauan..=)

Jamuan Hari Raya..=)

Jiran sebelah rumah buat rumah terbuka pada hari raya dan menjemput kawan-kawan tempat kerja yang sama dengan kami..Disebabkan kami tidak balik kampung dan majlis akan dihadiri ramai orang,kami juga mengadakan rumah terbuka supaya kawan-kawan dapat lepak di rumah kami jika rumah jiran kami itu penuh..

Aku bercadang memasak masakan berasaskan sup..Masakan yang simple tetapi mengenyangkan..Maka terhasillah bihun sup utara dan mee soto..Beza bihun sup utara ini pada warnanya dan sambal merahnya..Kuah pula perlulah berasaskan tulang lembu..

Puas hati rasanya dapat memasak hidangan dan melihat kawan-kawan yang datang makan dengan berselera..Aku dan suami memang makan awal-awal lagi sebelum majlis bermula..Kalau tak,memang tak merasalah dengan kesibukan melayan tetamu..

Bihun sup utara dan mee soto..=)
Majlis bermula selepas Zuhur dalam pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 7 malam..Hampir seratus tetamu juga yang datang..Mujur cukup hidangan yang aku masak walaupun tak banyak..

Untuk rumah terbuka ini,aku dan suami sedondon memakai baju berwarna putih..Baju kurung moden hadiah daripada kakak iparku..Nasib baik muat lagi sebab masa ini aku sudah 5 bulan mengandung..

Baru aku perasan warna baju yang aku pakai ini jarang orang nak pakai sebab berwarna putih..Cepat sangat nampak kotornya..Tapi mujurlah bersih lagi sampai berakhir majlis..
Sedondon di hari majlis rumah terbuka..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan