Welcome Blog


Selasa, 19 Jun 2012

Senarai Semak Keperluan Sebelum Bersalin Di Hospital

* 20 helai kain lampin atau pampers
Aku beli pampers untuk newborn yang mesra untuk tali pusat bayi baru lahir..Awal-awal lahir,baby memang akan banyak berak dan susah sangat nak basuh kalau pakai kain lampin..

* Baju berbutang dan seluar bayi
Aku bawa banyak sangat baju untuk baby tapi baby pakai sehelai saja masa selepas bersalin..Baju untuk bayi baru lahir jangan beli banyak-banyak sangat..Takut baby lahir besar dan tak muat baju yang dibeli..Beli baju baby saiz 3 bulan dan ke atas pun tak mengapa..

* Bedung bayi
Kalau yang pandai,bedung dengan kain lampin pun boleh tapi sekarang dah banyak bedung moden yang lagi senang nak membedung bayi..

Senarai keperluan ibu di hospital

* 1 helai tuala mandi
Kalau kulit anda bukan jenis sensitif dan memang tak kisah pakai yang hospital bekalkan,tak perlulah bawa..

* 20 keping tuala wanita bersalin
Mula-mula,aku pakai yang ada tali tapi memang tak selesa..Aku beli tuala wanita baru overnight..Bergantung pada individu juga..Ada yang pengaliran darah selepas bersalin banyak dan ada yang sedikit..

* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
Yang ini aku tak bawa pun sebab aku pakai baju dan kain yang hospital bekalkan..

* 1 helai pakaian biasa (dipakai bila dibenarkan pulang ke rumah)
Aku pakai t-shirt biasa dan kain batik..Inilah pakaian berpantang paling selesa..

* 2 pasang stokin tebal
Stokin yang tebal aku beli banyak helai..Aku beli yang suami aku boleh pakai bila aku selesai berpantang..

* 1 pasang selipar
Pakai masa nak ulang alik pergi bilik air..Beli yang biasa-biasa sudah tapi pastikan tapak selipar bukan jenis mudah gelincir..

* 3 helai coli khas untuk menyusu
Beli yang jenis kapas..Pastikan saiz besar satu saiz dari saiz payudara anda dan yang anda dapat pakai untuk jangkamasa yang lama..

* 5 helai seluar dalam pakai buang
Aku beli tapi sampai sekarang tak pakai..Tak selesa langsung..Biarlah leceh nak membasuh tapi lebih selesa pakai seluar dalam kapas..

* Berus gigi dan ubat gigi
Beli yang untuk travel punya tapi tak membazir pun kalau beli yang biasa..

* Barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dan sebagainya)
Aku bawa mandian,deodorant,pencuci wanita,syampu dan perfume baby..Rasa selesa badan lepas mandi..

* Bahan bacaan
Aku bawa Yassin..Rajin-rajinlah baca dan niat dipermudahkan bersalin..Sekarang lagi senang sebab dah ada handset..Semua benda ada..Takdelah bosan sangat kalau kena tahan wad sementara nak menunggu bersalin..

* Makanan atau minuman yang sesuai
Aku bawa milo,horlicks,kurma,biskut,termos untuk isi air panas dan air mineral..

* Lain-lain
Aku bawa minyak angin untuk diri sendiri,minyak telon untuk baby,set vitamin berpantang Shaklee,bantal sendiri sebab aku sudah biasa tidur dengan dua bantal,kipas angin sebab wad yang aku duduk tu kipas siling saja yang ada dan tak semua rasa angin kipas..

Senarai yang perlu dibawa oleh suami

* Surat rujukan doktor
* Kad pengenalan anda
* Kad pengenalan suami anda
* Surat nikah
* Wang

Kalau ada benda yang anda nak bawa selain barang-barang di atas,silakan..Yang penting,kita perlu selesa bila kita berada di hospital walaupun untuk jangkamasa yang sekejap..=)

2 ulasan:

  1. wah best entry ni.. very specific.. yang rasa saya paling best, reminder untuk suami tu, hihi... memang le kan.. kita time tu memang dah dok sakit nak besalin, pasal buku2 registration memang patutnya suami le kena ambil tahu kan.. hihi

    BalasPadam
  2. Banyak blog yang tulis info ini tapi saya ambil mana yang penting sahaja dan berdasarkan pengalaman sendiri..=)

    BalasPadam