Welcome Blog


Isnin, 18 Jun 2012

Madiihah dan jari kakinya..=)

Dua tiga hari ni asyik tinggal sebelah saja stokin kaki Madiihah..Nak kata longgar ok lagi stokin kaki yang dipakainya tu..Memang mendatangkan kehairanan terutama apabila bangun pagi..Hilang kedua-dua stokin kakinya..Persoalan terjawab apabila melihat Madiihah yang tarik sendiri stokin kakinya tu dengan tangan..Dah sampai rupanya tangan ke kaki tapi bila dah tahap masukkan stokin dalam mulut,dah tak boleh bagi pakai stokin kaki biasalah nampaknya..

Tak sampai seminit stokin kaki dibuka,dengan pantas Madiihah memasukkan kakinya ke dalam mulut..Terdiam kami suami isteri dan kemudian ketawa..Orang tua-tua kata bila baby dah masukkan kaki ke mulut maksudnya tak lama lagi nak dapat anak lagi..Betul ke?Nak kena buat research ni..Risau juga dengan 'bestfriend' tak datang lagi untuk bulan ini..=)

Ini penerangan dari segi sains..Baby baru sedar yang dia ada kaki dan deria sentuhan yang paling berfungsi bagi baby usia dia adalah bibirnya sebab itulah dia menyentuh menggunakan bibir tidak dengan jari seperti orang dewasa..Memang semua benda,Madiihah akan masukkan ke dalam mulut sekarang..

Apapun,kalau dah rezeki kami Madiihah nak dapat adik awal apa salahnya..Kuasa Allah tak siapa mampu menghalang dan anak itu anugerah Allah..Setiap anugerah yang diberikan ada keistimewaannya..Setiap anak ada rezekinya..Cuma  kalau boleh,kami ingin memberikan sepenuh kasih sayang kepada Madiihah dan biarlah Madiihah pandai menguruskan dirinya sendiri sebelum menambah cahaya mata lagi..

Dah melentur badan macam ahli akrobatik..=)

Berjaya menghisap kakinya..=)

Selepas beberapa hari,'bestfriend' aku dah buat lawatan bulanannya..Lega sikit rasa hati tapi kena berhati-hati untuk bulan mendatang..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan