Welcome Blog


Ahad, 10 Jun 2012

Terima Kasih Cinta..=)

Assalamualaikum.
Hampir sebulan suami aku bergilir-gilir dengan aku menjaga Madiihah.Pada hari pertama,Madiihah banyak meragam,menangis dan hanya mahu didukung abahnya.Mungkin kerana tiap kali keluar berjalan-jalan,abahnya yang akan mendukung Madiihah.Sudah terbiasa agaknya.Kesian suamiku terpaksa bersabar dengan kerenah Madiihah.Aku pula tak tenang ketika bekerja.

Selepas beberapa hari, Madiihah sudah dapat membiasakan diri dijaga abahnya.Bangga melihat suami dapat menjaga anak kami sebaik aku.Dari memandikan,menyalin lampin,menyusukan hinggalah mendodoikan,suami aku dapat melakukannya tanpa bantuanku.Lega rasanya.

Tak semua suami sanggup berkongsi penat lelah bersama isteri dalam menjaga anak.Aku amat bersyukur berkahwin dengan suamiku.Sejak dari berkahwin,suamiku memang jenis yang suka membantu bersama-sama membuat kerja dalam rumah.Terasa lapang dada apabila suami sudi membantu melakukan kerja.Taklah terasa penat menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama bekerja.
Madiihah
Kesayanganku
Madiihah
Priceless moment
Sebenarnya,semua lelaki boleh melakukan apa yang wanita lakukan dalam soal menjaga anak.Cuma mereka sudi membantu atau tidak.Suami aku merupakan anak bongsu dan langsung tiada pengalaman dalam menjaga anak kecil tetapi setelah hari-hari melakukan rutin yang sama,Alhamdulillah suami semakin cekap dalam menguruskan Madiihah.

Jadi,suami-suami di luar sana jangan segan-segan untuk membantu isteri anda bersama-sama menjaga anak anda.Dari duduk sahaja di rumah membaca surat khabar dan menonton televisyen ataupun keluar di luar menghabiskan masa bersama kawan-kawan,lebih baik anda menghabiskan masa bersama anak dan isteri di rumah.

Ini bukan bermakna suamiku tak mempunyai masa untuk dirinya sendiri.Suamiku dapat juga melakukan aktiviti kesukaannya cuma lebih banyak masanya bersama Madiihah.Kadang-kadang,suamiku yang meminta untuk menjaga Madiihah biarpun baru balik dari bekerja.Rindu katanya.

Salah satu cara aku menghargai apa yang suami aku telah lakukan adalah dengan memasak makanan yang digemarinya walau sepenat mana aku bekerja hari itu.Itupun suamiku keberatan menjawab bila aku tanya nak makan apa kerana dia tidak mahu menyusahkan dan memenatkan aku.Aku pula merasa puas apabila melihat suamiku makan dengan berselera dan tersenyum kekenyangan.Terima kasih cinta kerana sudi bersama-sama menjaga Madiihah.😍




Tiada ulasan:

Catat Ulasan