Welcome Blog


Isnin, 18 Jun 2012

Madiihah dan jari tangannya..=)

Rasanya dari umur 2 bulan, Madiihah dah mula menghisap semua jarinya tetapi disebabkan masih kecil,kami memakaikan sarung tangannya..Akibatnya,sarung tangan itu akan basah dengan dasyatnya..Kalau tak dipakaikan sarung tangan, Madiihah akan menghisap semua jarinya hingga kecut dan kalau kukunya tak sempat dipotong,mukanya akan penuh dengan cakaran..Lagi kesian..

Usia 3 bulan baru kami tidak memakaikan sarung tangan kepada Madiihah dan akan pastikan yang kukunya sentiasa pendek..Memang seronok Madiihah dapat menikmati jari-jarinya itu tanpa halangan..Kalau boleh dua-dua tangan nak dimasukkan ke dalam mulut kecilnya itu..Huhu..Mesti ramai ibu bapa yang mengalami keadaan inikan..

Kata orang tua-tua, bayi yang menghisap jari ini adalah bayi yang baik. Mereka tidak banyak kerenah dan tidak memeningkan kepala ibunya. Sungguh menarik!!! Biar apa pun pendapat, setiap ragam bayi tidak sama antara satu sama lain. Ada yang setelah minum susu, mereka akan tidur dengan lenanya namun ada juga yang terpaksa menggunakan alat bantuan seperti puting atau jari mereka sendiri sehingga terlena tanpa disedari..

Aku memberikan Madiihah puting tiruan kerana kalau tak diberikan puting tiruan memang sakitlah tiap kali nak menyusu..Madiihah takkan melepaskan puting selagi tidak betul-betul nyenyak tidur..Aku pula risau kalau dibiar begitu boleh menyebabkan Madiihah lemas kalau aku juga tertidur sementara menunggu Madiihah betul-betul nyenyak..Aku menyusu Madiihah dengan susu badan sepenuhnya jika aku bercuti..

Malah ada yang akan menangis atau meragam jika puting atau tangan mereka ditarik..Apa yang perlu para ibu ketahui, menghisap jari adalah normal kerana ia membuatkan mereka berasa selesa..Sesetengah bayi menghisap jari apabila mereka beras penat, bosan atau perlukan belaian. Janganlah risau, tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun..

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Assosiation, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun..

Namun untuk mengelakkan masalah ini berterusan kerana tabiat ini juga tidak begitu bersih, anda boleh melakukan pelbagai cara seperti :



Aktiviti menghisap bermula..=)

Asyik sungguh dapat hisap jarinya..=)
 


  • Membalut ibu jari bayi
  • Sapukan bahan yang tidak disukainya pada ibu jarinya
  • Beri pujian bila dia berjaya melupakan tabiat tersebut
  • Libatkan anak dengan aktiviti pergerakan tangan
  • Bawa anak berjumpa doktor jika tabiat ini berterusan iaitu melebihi usia dua tahun
Harap Madiihah takdelah sampai umur dua tahun ada tabiat ini..=)

Info yang boleh dipercayai dari Majalah Pa & Ma


Tindakan bayi menghisap jari tangan juga bukan disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya..Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal..Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita..
Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti..Jangan terkejut pula apabila ibu bapa akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan